Sunday, July 17, 2011

Menghening malam Nisfu Syaaban.yang berlalu

Allahumma Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Kurnia tanpa seorang pun mengurniakan padaNya. Ya Tuhanku yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran. Tiada Tuhan yang disembah sebagai tempat sandaran memohon perlindungan dan keselamatan daripada ketakutan.

Sekiranya telah tertulis padaku di dalam Loh Mahfudz sebagai yang celaka, hapuskanlah kecelakaan itu, juga sebagai yang ditegah dari kebaikan dan disempitkan rezeki. Hapuskannya dariku kecelakaan itu Ya Allah. Hapuskanlah  nama itu Ya Allah.

Mudahkan rezekiku Ya Allah Tetapkanku  sebagai seorang yang berbahagia, ditaufikkan dengan segala kebajikan. Sesungguhnya Dikau telah berfirman maksudnya : "Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz."

Ameen Ya Rabbal Alameen.

Pensil dan pemadam




Luhur dan murninya sekeping hati  yang saling padam memadamkan luka dunia…hidup ini singkat untuk saling bahu membahu dalam rumpun berkasih sayang menuju suatu yang hakiki…limpahkan rahmatMu yang satu itu Ya Tuhan…..Cuma itu….Wallahu’alam.

Saturday, July 16, 2011

Ria

Keriangan ialah wajah yang berseri, taman yang hijau, buku yang mendatangkan manfaat disertai hati yang boleh menghargai nikmat, meninggalkan dosa dan mencintai kebaikan..
Wallahu’alam.

Ya Allah, kami mohon perlindungan demi ampunan Engkau, dari siksaMu. Kami mohon perlindungan dari redhaMu dari kemarahanMu. Kami mohon perlindungan demi dan kerana Engkau. Kami tidak dapat memuji Engkau sebagaimana mestinya, hak puji itu dipanjatkan kepadaMu. Ameen

Kebaikan

Jangan menyangka anda diberi segalanya tetapi yang diberikan kepadamu adalah kebaikan yang banyak. Harapan bahawa anda boleh menerima semua anugerah adalah harapan yang terlalu jauh.

Ya Allah berikanlah kecintaan dan pautan hati kami pada rumahMu…bukakanlah gedung rahmatMu ..Anugerahkan pada kami usia yang panjang untuk beribadah mentaatimu, rezeki yang halal lagi diberkati dan kukuhkanlah iman,dan ketakwaan serta meninggal dalam keadaan husnul khatimah.......Sesungguhnya Engkau Yang Maha Pengasih dari mereka yang berhati kasih…..ameen.

Friday, July 15, 2011

Jawatan suatu tanggungjawab

Bukan Kerana Nama  

Jangan kau pandang bibir yang manis
kerana dia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerana dia bisa meracunmu


( korus )
Dengarlah hai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih
pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangmu
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
kerana dia bisa merosakkan jiwamu
dengarkanlah puisi di pusaka
yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
dengan secebis warna kehitaman
dialah seperti anai-anai
lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie
(Mohamad Bakri Johari)

Buku




Tanganku akan hancur di dalam tanah,
yang kekal hanya tulisanku di atas buku,
mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,
doakan keselamatan aku dari azab.
~ Imam Shafie

Lesu

Wahai anakku! Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja sedangkan umurmu lebih sedikit daripada yang sedikit itu. Manakala yang masih baki amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi

Tabahlah..ia akhlak yang mulia.