Saturday, April 4, 2015

Suami sebagai ketua keluarga

Matlamat : Suami tonggak keluarga bahagia

v  Mengetahui & melaksanakan peranan, hak & tanggungjawab sebagai suami & ayah ke atas isteri, anak-anak serta orang yang di bawah jagaannya
v  Mampu memimpin pembentukan matlamat hidup keluarga
v  Mampu mengimami solat & membentuk akhlak ahli keluarga
v  Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan & ancaman
v  Menjadikan rumah sebagai kawasan yang selamat untuk ahli keluarga
v  Memastikan sumber rezeki keluarga adalah halal
v  Memberi nafkah yang secukupnya kepada seluruh ahli keluarga mengikut kemampuan
v  Bersikap adil kepada setiap ahli keluarga
v  Menitikberatkan ilmu & didikan agama kepada isteri & anak-anak
v  Memberi & mempamerkan kasih sayang & menghormati isteri dan anak-anak
v  Sentiasa bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga dan berusaha menolong mengatasinya
v  Menghormati kedua ibu bapa & mertua serta keluarga isteri & menjalin hubungan mesra
v  Memberi kerjasama & membantu isteri & anak-anak dalam urusan rumahtangga & kehidupan
v  Tidak mendera isteri

Wallahu a’lam

Panduan keluarga Mawaddah Negeri Kelantan
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat
Kerajaan Negeri Kelantan, 2014

Murai membaca surat

Sekawan murai
sedang membaca surat
aku pun merungkai ertinya
dan menyimpul
bahawa hidup ini warkah
yang harus ditelaah
dan dirayakan dengan dendang
bijaksananya.

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013


Doa untuk personality


Ya Allah limpahkanlah selawat kepada Muhammad dan keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan selawat kepada Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, limpahkanlah barakah kepada Muhammad dan kepada keluarganya sebagaimana Engkau telah melimpahkan barakah kepada Ibrahim dan kepada keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Aameen.

Fathullah Yasin
Doa & zikir penawar tekanan segera

Thursday, April 2, 2015

Darjat

Ada 4 di sisi Tuhan

a) Taat dalam taat
Batinnya mentaati Allah dengan sifat-sifat mahmudah. Lahirnya sangat kuat bersyariat

b) Taat dalam derhaka
Batinnya masih subur dengan mahmudah tetapi cuai dalam bersyariat lahir

c) Derhaka dalam taat
Batinnya sudah rosak dengan mazmumah tetapi masih mampu bersyariat

d) Derhaka dalam derhaka
Batinnya subur dengan mazmumah manakala syariatnya hancur

Wallahu a’lam.

Shuib Sulaiman
Prestasi umat cemerlang, 2012

Keluarga Mawaddah

Keluarga dibentuk melalui perkahwinan yang sah, yang terlaksana di dalamnya seluruh peranan dan tanggungjawab ahli keluarga selaras dengan kehendak al-Quran dan sunnah serta mampu memberikan kasih sayang dan rahmah kepada seluruh ahli keluarganya, agar mereka merasa selamat, aman, tenteram dan bahagia.

Anggota keluarga mawaddah

Keluarga Mawaddah adalah terdiri daripada; suami, isteri, ibu, ayah dan anak-anak. Ia juga merangkumi datuk, nenek dan waris yang lain termasuklah pembantu rumah.

Ahli keluarga :
Matlamat : Keluarga Bahagia Membawa Berkat

v  Mengetahui peranan & tanggungjawab
v  Melaksanakan peranan & tanggungjawab ke atas mereka yang berhak
v  Saling mengambil berat perkembangan ahli keluarga
v  Menjaga hubungan yang baik sesama ahli keluarga
v  Sentiasa menziarahi ahli keluarga
v  Memberi sokongan dan bantuan kepada ahli keluarga yang memerlukan
v  Keluarga sebelah bapa dan ibu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak-anak selepas kematian atau penceraian kedua ibu bapa merek.
v  Keluarga sebelah bapa bagi wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadapnya selepas kematian suami atau bercerai.
v  Mengiringi & memastikan keselamatan ahli keluarga
v  Menguruskan kebajikan wanita & anak-anak yang diabaikan oleh suami

Wallahu a’lam

Panduan keluarga Mawaddah Negeri Kelantan
Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan & Kesejahteraan Rakyat
Kerajaan Negeri Kelantan, 2014

Peliharalah




Peliharalah
nanti
kau
akan dipeliharakan.

Kuntum biru kembang lestari
Muhammad Haji Salleh
2013

Doa miliki keperibadian sempurna

Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya mengikut bilangan apa yang ada dalam al-Quran berupa huruf demi huruf dan bilangan setiap huruf satu juta. Limpahkanlah rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad s.a.w menurut bilangan setiap huruf dan berlipat kali ganda. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya mengikut bilangan apa yang Engkau ciptakan.

Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, nabi Muhammad s.a.w menurut bilangan segala sesuatu. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya menurut penuhnya segala sesuatu. Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, nabi Muhammad dan keluarganya menurut bilangan apa yang terdapat di dalam kitabMu yang Engkau berikan kepada nabi Muhammad s.a.w, keluarganya, serta para sahabatnya yang mengikut jejaknya di dalam (mencari petunjuk dan keselamatan darinya dengan kesempurnaan pertolongan.  Aameen.

Fathullah Yasin
Doa & zikir penawar tekanan segera