Friday, May 11, 2012

Mei ini









Mak....jururawat...cikgu..
.terima kasih.....

Berkati hidup kami Ya Rabb......permudahkan segala urusan kami...Tuhan Yang Pengasih lebih dari mereka yang mengasihi....ameen.

Wednesday, May 9, 2012

Mengali




Wahai diri...gali...gali...teruslah mengali telaga emasmu......di kala Islam kian dagang.....

Wallahu'alam.

Tuesday, May 8, 2012

Minute to win


Ya Arhamar Rahimi........Jadikanlah jejak-jejak bakti harianku perniagaan yang menguntungkan...ameen Ya Rabb.

Saturday, May 5, 2012

Pemergian



Sayyid Qutb sebelum digantung kerana perjuangannya, menulis surat kepada adiknya Aminah Qutb. Beliau antaranya menyebut: “Matahari terbit, matahari juga tenggelam. Bumi pula beredar mengelilinginya. Kehidupan itu bercambah di sana dan sini. Setiap sesuatu itu terus bertambah. Ini bertambah pada bilangan dan jenis. Ia bertambah dari segi jumlah dan cara.

Jika kematian itu dapat berbuat sesuatu, sudah pasti kehidupan (alam) ini terhenti. Namun kematian hanya kekuatan yang kerdil dan halus dibandingkan kehidupan yang besar, merata dan mendasar.

Dari kekuatan Allah Yang Maha Hidup, kehidupan itu bercambah dan berkembang. Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. Adapun, jika kita hidup untuk orang lain iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi  dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..”

……………“Tiada seorang yang melintasi kubur saudaranya yang mukmin yang dia kenalinya dahulu di dunia, lalu memberi salam, melainkan dia (si mati) mengenalinya dan menjawab salamnya” (riwayat Ibn ‘Asakir dll, dinilai sahih oleh Ibn al-Mubarak, ‘Abd al-Barr, ‘Abdal-Haq al-Ashbili, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain-lain).
Semua kita akan melalui perkara yang sama. Kematian. Amalan kita akan dibawa dan ditimbang. Sesiapa yang kebaikannya mengatasi keburukannya dia berjaya.

Firman Allah: (maksudnya) “Sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, maka dia dalam kehidupan yang senang lenang” (al-Qari’ah: 6-7). Demikian kita harapkan diri kita dan diri sahabah-sahabah kita yang pergi terlebih dahulu. Kita telah bersahabat di dunia ini. Semoga ALLAH mengekalkan persahabatan ini di kehidupan yang akan datang. Kita tidak berjumpa dengan sahabah-sahabah di dataran maksiat ataupun kejahatan.

Kita mengenali mereka kerana perjuangan dan Islam. Kita harap dan berdoa agar ada habuan kita seperti hadis Nabi s.a.w: "Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba ALLAH adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi ALLAH". Para sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?". Jawab Nabi: "Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan roh ALLAH, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi ALLAH, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita". Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) "Ketahuilah sesungguhnya wali-wali ALLAH tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita" (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Wallahu’alam.

( Dr. Maza; Sinar Harian Mei 2012 )

Friday, May 4, 2012

Iman sesaat

Imam Ahmad mengeluarkan hadis dengan isnad yang bagus dari Anas bin Malik ra katanya : Dulu Abdullah bin Rawahah ra ketika bertemu dengan sahabat Rasulullah saw dia berkata : Ke sinilah, mari kita beriman sesaat dengan Rabb kita.

Suatu hari dia berkata kepada seorang laki-laki seperti itu, lalu laki-laki itu marah dan datang kepada nabi saw seraya berkata: Wahai Rasulullah! Apakah pendapat engkau tentang Abi Rawahah, dia mengajak pergi dari iman kepadamu dengan iman sesaat?

Nabi saw berkata : Semoga Allah swt merahmati Ibnu Rawahah.Sesungguhnya dia telah mencintai majlis yang malaikat berlomba-lomba dengannya.

Dan menurut Ibnu Asakir pula , sesungguhnya dia berkata : Dulu, Abdullah bin Rawahah ra ketika bertemu dengannya berkata : Wahai Uwaimir! Duduklah, berzikirlah sesaat…! Kemudian kami duduk dan berzikir, kemudian dia berkata : Ini adalah majlis iman, perumpamaan iman adalah semisal baju kurungmu, suatu ketika kamu akan melepaskannya ketika engkau memakainya dan suatu ketika kamu akan memakainya ketika melepaskannya.Sesungguhnya hati lebih cepat berubahnya daripada periuk yang berkumpul adonan roti.

Wallahu’alam.

( Kehidupan para sahabat, Pustaka Ramadhan )

Thursday, May 3, 2012

Tiga hal

Saad bin Mu'az ra berkata : Ada tiga hal pada ketigan-tiganya aku kuat dan pada selainnya aku lemah. Pertama; aku tidak melakukan satu solat sejak aku masuk Islam lalu aku berbicara kepada diriku sendiri sampai aku menyelesaikannya. Kedua; aku tidak mengantarkan jenazah lalu aku berbicara kepada diriku dengan selain yang dikatakan oleh jenazah itu atau dikatakan kepadaku sampai ia dikuburkan. Dan ketiga; aku tidak mendengar Rasulullah saw bersabda kecuali aku mengetahui bahawa sabdanya itu benar.

Wallahu'alam.

( Sahabat-sahabat rasulullah saw, Pustaka Ibnu Katsir )

Wednesday, May 2, 2012