Friday, February 10, 2012

Khamar


Ibn Mas'ud berkata:  Telah dilaknat dalam khamar (arak) itu sepuluh orang iaitu:

·         Yang memerah
·         Yang minta diperah
·         Yang minum
·         Yang memberi minum
·         Yang membawa
·         Yang menghantar
·         Yang membekal
·         Yang menjual
·         Yang membeli
·         Yang menyimpan

( Tanbihul Ghafilin Jld 1; Abullaits Assamarqandi ms 189)

Pedoman Belia

Ingat pesanku belia
jangan berdusta jangan perdaya
jangan kikir kasihkan kaya
jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata jangan mengeji
jangan aniaya bengis dan benci
jangan takabur diri dipuji
jangan sekali mungkir janji.

Judi dan arak jangan biasa
lucah dan cabul jangan selesa
usah bermain ular yang bisa
lambat bangatnya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang
jangan meminta bantu  sementang
bergantung ke orang hendaklah pantang
bebas kehidupan sentiasa tatang.

Meminjam jangan meminjamkan jangan
barang dipinjam kerap kehilangan
sahabat peminjam renggang di tangan
hutang merosakkan maruah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong
ke sini tersembah ke sana terlolong
ikhtiar sendiri bantut bergulung
akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
Latihlah diri sifat merdeka
daya sendiri segenap ketika
jangan sombong asal dan baka
atau kelebihan adik dan kakak.

Padalah itu aku khabari
ingatlah semua muda jauhari
kiranya Kabul Allah memberi
dirimu jadi pemulih negeri.

(Za’ba)

Bersih diri


Cara-cara:

a)       Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
b)       Tidak condong kepada kezaliman
c)       Tidak menggunjing
d)       Tidak mencintai dunia
e)       Banyak mengingati Allah
f)        Sabar menerima musibah dari Allah
g)       Membersihkan lahir batin
h)       Membaca Al-Quran
i)        Beramal dengan ikhlas
j)        Menahan diri dari hawa nafsu

Thursday, February 9, 2012

Al-Baqarah ( 36-40 )

  1. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari surga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya : dan Kami berfirman : Turunlah kamu. Sebahagian  dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati).
  2. Kemudian nabi Adam menerima dari TuhanNya beberapa kalimah, (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya),  lalu Allah  menerima taubatnya: Sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
  3. Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti pertunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  4. Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  5. Wahai Bani Isra’il! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Ku berikan kepada kamu dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain).

( Tafsir pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Quran, Darulfikir ms 18-19  )

Berdiri

Ada 3 jenis :

a)       Berdri untuk menghormati seseorang ( qiyamun lahu )
b)       Berdiri untuk mengagungkan seseorang ( qiyamun ’alaihi )
c)        Berdiri untuk membantu seseorang ( qiyamun ilaihi )

Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan diri ini  orang yang  istiqamah, iaitu yang tetap taat kepadaMu, jawami'ul kalim yang sedikit kata-katanya tetapi luas pengertiannya juga  mengnizhamankan segala perkara.. KepadaMu sahaja daku menyembah dan kepadaMu sahaja jua diri ini  memohon pertolongan.       .ameen Ya Raab.

Tuesday, February 7, 2012

Uzur




Menerima uzur seseorang. Apabila saudaramu menyampaikan uzurnya kepadamu, maka terimalah dan lihat saja lahirnya. Jangan kamu katakan :  Tujuannya adalah itu, niatnya adalah ini, dia berbohong. Tetapi terimalah uzurnya.

( Jagalah Allah Allah menjagamu, Dr ’Aidh Abdullah Al-Qarni ms 476 )

Saturday, February 4, 2012

Asas

Sehalus jalinan tenunan seindah karya dihasilkan. Tiada persefahaman antara tenunan dan penenun maka pincanglah karya yang dihasilkan. Ibarat persefahaman yang menjadi  asas perpaduan ummah, ajaran agung junjungan kita Rasulullah saw.

Persefahaman asas perpaduan ummah.

( Bank Rakyat )

Ya Tuhanku , dengan namaMu Ya  Allah yang Maha Besar, Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelak dan daripada kejahatan panas api neraka....ameen Ya Rabb.