Showing posts with label Wali Allah. Show all posts
Showing posts with label Wali Allah. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Syeikh Abdul Kadir Jilani (1)


Dalam tahun 521 Hijrah, Abul Muzaffar bin Hasan seorang saudagar di Baghdad telah menemui Syeikh Hamad Dabbas dan memaklumkan satu kafilah dengan dagangan tujuh ratus dinar ke Syria telah disediakan. Saudagar iru dinasihatkan agar membatalkan hasrat memandangkan keselamatan perjalanan yang dilihat tidak selamat.

Dalam perjalanan pulang, saudagar berkenaan bertemu dengan Syeikh Abdul Kadir dan beliau diyakini tentang keselamatan dagangannya. Saudagar itu pun bertolak. Dagangannya dijual dengan seribu dinar.

Setibanya di bandar Halb, saudagar masuk ke saqayat (tempat pembekalan air minuman). Setelah selesai membuang air, saudagar itu pun berlalu tanpa membawa pundi duitnya. Beliau ke tempat berehat dan tidur di situ.
 
Beliau bermimpi, segerombolan penyamun datang menyamun barangan dan menikamnya. Beliau pun tersedar dan dirasa, lehernya luka dan darah keluar dari luka itu. Beliau segera bergegas ke tempat pundi wangnya tertinggal dan ditemuinya semula.

Sesampainya di Baghdad, sewaktu berfikir siapakah yang perlu ditemui dahulu, saudagar itu dilihat oleh Syeikh Hamad di Sultani Bazar. Disuruhnya ia berjumpa Syeikh Abdul Kadir. Sesungguhnya Syeikh Abdul Kadir seorang yang dicintai Allah swt dan telah bersembahyang tujuh puluh kali untuknya . Kematian beliau di tangan penyamun diganti dengan mimpi dan kehilangan dagangannya ditukar dengan lupa.

Wallahu a’lam

Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani
Abdul Majid Hj Khalib

Tuesday, March 26, 2013

Abu Muhammad Imam Ja’afar Al-Sadiq



Suatu hari Ja’afar telah dipanggil oleh khalifah. Apabila tiba di tempat khalifah, beliau hendak diberi hadiah oleh khalifah itu dengan emas. Tetapi beliau enggan menerimanya. Khalifah menyuruhnya meminta apa sahaja yang beliau suka. Ja’afar berkata: Jika tuan redha, kurniakan pada saya satu hadiah, iaitu jangan tuan panggil saya bertemu dengan tuan lagi kerana itu menganggu ibadatku. Khalifah bersetuju.

Ada seorang hamba Allah telah berkata kepada Ja’afar: Wahai Ja’afar, tuan memakai pakaian yang mahal-mahal. Beliau menjawab, Lihatlah pakaian dalamku. Orang itu pun meraba pakaian dalam beliau. Orang itu terperanjat apabila dirasainya pakaian itu sangat kasar hinggakan tangannya tergaris oleh kasarnya pakaian itu. Orang itu bertanya : Apakah maksudnya dua jenis pakaian yang tuan pakai ini?. Ja’afar menjawab : Pakaian luar itu untuk dunia (untuk menyembunyikan pengabdianku dan mengelakkan dari diketahui orang ramai) dan pakaian dalam itu ialah untuk keredhaan Tuhanku (yang menghormati kefakiran kita dan memuliakan penyerahkan kita kepadaNya).

Seorang bertanya: Siapakah yang lebih baik di antara kedua orang ini: Orang kaya yang bersyukur kehadrat Allah kerana kurniaan Allah kepadanya; atau orang fakir yang redha?. Ja’afar menjawab : Orang fakir yang reda itulah yang lebih baik, kerana orang kaya ini sentiasa ingatkan hartabendanya tetapi fakir itu sentiasa ingat kepada Allah. Allah sendiri memuji orang-orang yang bertaubat dan memasuki Islam dan menganggap mereka lebih baik dari ahli-ahli ibadat. Zikir membuangkan segala ingatan kepada dunia.

Kata-kata Ja’afar :

1. Di hari pembicaraan kelak anda bukan ditanya tentang hartabenda atau pangkat atau nenek moyang dan pendapatan anda, tetapi adalah amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang anda lakukan.

2. Allah tidak akan dijumpai sehingga kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti kita betul-betul mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahupun pertolongan.

3. Adalah satu dosa jika putus asa dalam ibadat.

4. Orang yang bertaubat setiap kali membuat dosa adalah orang yang dikasihi Allah.

5. Rahsia itu dibukakan kepadaku tatkala aku tenggelam dalam cinta Allah.

6. Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadrat Allah adalah orang yang akan menduduki syurga; tetapi orang yang bergantung kepada dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di neraka.

Wallaahu a’lam.

Tazkiratul Auliya
Sheikh Fariduddin Attar