Showing posts with label Refleksi. Show all posts
Showing posts with label Refleksi. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Solat





Peri pentingnya ibadat solat ini sehingga Allah swt menjemput rasulullah saw menghadapNya di Sidratulmuntaha semasa peristiwa Israk dan Mikraj untuk menerima kewajipan solat secara langsung daripada Allah Azzawajalla.

Monday, January 14, 2013

Tasbih atau istighfar?


Indah pada waktunya

Ibnul Jauzi pernah ditanyakan : mana yang lebih baik pada pendapat kamu, bertasbih atau beristighfar?. Dia menjawab : pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi. Kata-katanya yang lain : sesiapa merasa puas dan syukur maka hidupnya akan baik dan sesiapa tamak maka akan panjang kegelisahannya.

Wallaahu a’lam.

Ya Allah, kepadaMu aku sungguh memohon kelembutan dalam urusan yang ditakdirkan. Aameen ya Rabb.

Thursday, December 13, 2012

Saudara kami di Palestin




Ya Allah Ya Tuhan kami, benarkah tiada keadilan di negara saudara kami di Palestin? Benarkah yang kuat ambil apa yang mereka mahu dan yang lemah terpaksa mengalah ? Engkau Yang Maha Besar, Engkau Yang Maha Perkasa jua Maha Mengetahui segala sesuatu.