Showing posts with label Nazam. Show all posts
Showing posts with label Nazam. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Nazam Hari Guru


Allah Allah Azza Wajalla Tuhan kami
Kami minta ampun akan dosa kami

Dengan bismillah kami mula nazam ini
Untuk guru dan pendidik yang bestari

Kerjaya guru makin mencabar
Tugas dipikul amatlah sukar

Bertanggungjawab mendidik pelajar
Cuma gajinya tak besar-besar

Kalau dulu nampak cikgu semuanya takut
Baru jelling dengan mata semuanya kecut

Sebarang kerja guru suruh semua diturut
Membantu guru satu amal yang direbut-rebut

Namun zaman telah berubah
Menjadi guru bukannya mudah

Tidak cukup di bilik darjah
Kerja tambahan melimpah-limpah

Pelajar sekarang muda dan manja
Bukannya hendak mengikut kata

Mengirim cikgu surat berjela-jela
Ada surat saman ada juga surat cinta

Jasa cikgu amat besar tidak terbalas
Segala bakti dan ilmu dicurah ikhlas

Mengajar murid baik yang rajin mahupun malas
Adakala sampai bertumbuk di dalam kelas

Menjadi guru tak boleh ralit
Mengawas murid setiap jam setiap minit

Alangkah pedih rasa hati, alangkah perit
Murid diasuh bila besar jadi mat rempit

Menjadi cikgu tidak pernah duduk diam
Tekun bekerja pagi petang siang dan malam

Budi disemai jasa bakti juga ditanam
Kadang-kadang banyak kerja sampai nak pitam

Binalah bangsa agar besar dan dihormati
Jangan lupa dalam selimut gunting menanti

Anak kita berlumba-luba ke universiti
Ramai juga yang berlumba ke pusat serenti

Sekian dulu nazam hamba kali ini
Salah dan silap hamba mohon dimaafi

Ingat-ingat pesan hamba di malam ini
Hormatilah guru seperti ayah bonda sendiri

Allah Allah Azza Wajalla Tuhan kami
Kami minta ampun akan dosa kami.

( Raihani Mohd Saaid )

Friday, April 27, 2012

Hidup ini……


Fikir itulah pelita bagi hati
yang mendapat kita ingat akan mati.

Ingat-ingat serta fikir sehari-hari
di dalam kubur kita duduk seorang diri.

Jika hidup kita dapat harta jenuh
itu akhir tinggal masuk dalam tanah.

Ghalib ikut akan nafsu dengan hawa
dari masa tubuh muda sampai tua.

Dari petang nanti pula akan pagi
lama-lama hingga sampai tanggal gigi.

Rumah besar kampung luas ada ia
itu akhir tinggal jugak akan dia.

Hai segala anakku sekalian
sungguh-sungguh jangan tinggalkan sembahyang.

Demikian lagi zakat dan puasa
itu buatlah olehmu sentiasa.

Dengan susah yang sedikit kamu dapat
akan senang lama kamu di akhirat.

( Syeikh Ahmad Al-Fathani r.a )

Setiap sesuatu apabila berpisah dengannya, pasti ada gantinya. Namun Allah itu sekiranya berpisah darinya, tiadalah sesuatu yang dapat menggantikannya.......wallahu'alam.