1. Barangsiapa yang mempelajari ilmu dan mengamalkannya dan
mengajar kerana Allah, maka dia didoakan di dalam malakut langit yang besar dan
dikatakan: Dia belajar kerana Allah, beramal kerana Allah dan mengajar kerana
Allah.
2. Barangsiapa yang jujur terhadap manusia dalam masalah
yang menyangkut dirinya, maka dia akan disukai sebagai hakim bagi orang lain.
3. Sesungguhnya orang yang benar-benar melaksanakan amar
ma’ruf nahiy munkar itu hanyalah orang yang memiliki ketiga sifat ini: yang
memiliki ilmu tentang apa yang diperintahkan dan tentang hal yang dilarang
baginya, yang adil dalam apa yang diperintahkan dan dalam apa yang dilarang
untuknya, lemah lembut dalam menyuruh dan melarang.
4. Hasrat terhadap dunia mewariskan kebingungan dan
kesedihan, sedang zuhud terhadap dunia bererti ketenangan hati dan kenyamanan
jasmani.
5. Jihad adalah sesuatu yang paling baik sesudah menjalankan
hal-hal yang fardhu.
6. Sesungguhnya amar ma’ruf dan nahiy munkar itu dua makhluk
di antara makhluk-makhluk Allah. Maka barangsiapa yang membantunya, nescaya
Allah akan membantunya dan barangsiapa yang meninggalkannya, Allah akan
meninggalkannya pula.
7. Janganlah kamu membuat Allah marah hanya kerana ingin
menyenangkan seseorang dan janganlah kamu mendekatkan diri kepada manusia
dengan risiko menjauhkan dirimu dari
Allah.
8. Berbaktilah kepada bapak-bapakmu, nescaya anak-anakmu
akan berbakti pula kepadamu dan rendahkanlah pandanganmu terhadap wanita-wanita
(orang lain), nescaya orang lain juga akan merendahkan pandangannya terhadap
wanita-wanitamu.
9. Seorang mukmin sepatutnya memiliki lapan sifat: tenang
dalam kekacau-balauan, sabar dalam bencana, bersyukur ketika kelapangan, puas
dengan apa yang direzeki Allah kepadanya, tidak menzalimi musuh, tidak
membebani teman, badannya letih kerana dirinya, dan orang lain tidak menderita
gangguan darinya.
10. Sebaik-baik ibadah adalah ilmu mengenai Allah dan rendah
hati (tawadhu) terhadapNya.
11. Temanku yang paling kucintai adalah yang menunjukkan
kepadaku keaiban-keaibanku.
13. Akhlak yang baik adalah sebahagian dari agama dan
menambah rezeki.
Wallahu ‘alam.
Tokoh-tokoh terkemuka ahlul bait nabi
Ali Muhammad Ali
Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur, 1997