Tuesday, March 26, 2013
Selawat 45
Monday, March 25, 2013
Kembalinya seorang tokoh
Tokoh Ilmuan Islam Dr Muhammad Uthman Meninggal Dunia
Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di
Kelantan adalah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam
dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkenaan Islam dari segi akidah,
akhlak, budaya dan falsafah.
Allahyarham memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan
mendapat ijazah dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1966 sebelum menjadi
tutor pada tahun 1969.
Sebelum kembali ke Kelantan, Allahyarham mengajar di Jabatan
Pengajian Islam UM sehingga tahun 1973.
Pada tahun 1995, Allahyarham dikurniakan Ijazah Doktor
Persuratan Kehormat (D.Litt.) oleh Universiti Sains Malaysia (USM).
mStar Online
25 Mac 2013
Jauhi sifat ujub
Permata 72 :
Daripada Anas bin Malik ra meriwayatkan secara marfu’ : Tiga perkara yang menyelamatkan, takut
kepada Allah Taala sama ada dalam sembunyi atau terang terangan, adil ketika
reda dan marah dan berekonomi ketika fakir dan kaya. Dan tiga perkara yang
membinasakan, hawa nafsu yang diikuti, orang yang kedekut ditaati dan seseorang
merasa ujub dengan dirinya. (Hadis diriwayatkan oleh al-qudhaie dan Abu
Nu’aim)
Mutiara hikmah :
a) Masruq ra berkata : Cukup
seseorang dianggap alim apabila takut kepada Allah dan cukup seseorang menjadi
bodoh, sombong dengan amalnya.
b) Mutharrif bin Abdullah ra berkata : Bila
aku tidur semalaman, tanpa bertahajud kemudian bangun pagi dengan rasa menyesal
lebih baik daripada bangun malam untuk bertahajud kemudian merasa ujub pada
siang harinya.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Senyum adalah sedekah
Permata 71 :
Daripada Abu Zar al-Ghifari ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah,
kamu melakukan amar makrif dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuk
seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari
jalan adalah sedekah. (riwayat al-Bukhari dan al-Tirmizi)
Mutiara hikmah :
a) Senyuman adalah kekuatan sihir yang dihalalkan, adalah wang muka yang
dibayarkan untuk cinta dan pernyataan hubungan pertemanan, adalah satu misi
yang diturunkan di dunia untuk perdamaian dan cinta kasih, dan adalah sedekah
wajib yang menunjukkan bahawa orang yang mengeluarkannya, dengan itu menyatakan
keredaannya, ketenangan jiwanya dan keteguhan hatinya.
b) Senyum itu adalah kunci kebahagiaan, cinta adalah pintunya, kegembiraan
adalah taman bunganya, iman adalah cahayanya dan akaman adalah temboknya.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Memelihara hadis rasulullah
Permata 70 :
Daripada Ibn Mas’ud ra berkata, bahawa rasulullah saw bersabda: Semoga Allah memberi cahaya kepada siapa
yang mendengar ucapanku kemudian menghafaz, memelihara dan menunaikannya. Boleh
jadi pembawa fiqh menyampaikan kepada siapa yang lebih faqih daripadanya. (Riwayat
al-Syafie, al-Baihaqi, Abu Daud dan al-Tirmizi)
Mutiara hikmah :
a) Jadikan nabi Muhammad saw sebagai tauladan kerana baginda adalah
pemimpin yang menghantar kepada kebahagiaan yang menunjukkan kepada kejayaan
dan yang menghantarkan pada keberuntungan dan kejayaan.
b) Keringat orang yang bekerja jauh lebih baik daripada minyak kasturi yang
menebar dari orang yang hanya duduk tanpa kerja. Suara termengah-mengah orang
yang bekerja keras jauh lebih merdu daripada nyanyian orang-orang malas. Dan
roti kering yang dimakan oleh orang lapar lebih lazat daripada daging domba
yang disantap oleh orang yang berfoya-foya.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Mencintai sahabat nabi
Permata 69 :
Daripada Bara’ bin Azib ra, daripada nabi saw bahawasanya baginda bersabda
memuji kaum Ansar: Tidaklah mengasih
mereka kecuali yang beriman dan tidaklah membenci mereka kecuali munafik. Siapa
yang mengasihi mereka nescaya Allah mengasihinya dan siapa yang membenci mereka
nescaya Allah murka ke atasnya. (Riwayat al-Bukahari dan Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Saidina Ali ra berkata: Ajarlah anak-anakmu tiga perkara;
i. Cintakan nabi saw
ii. Cintakan keluarganya
iii. Membaca al-Quran
b) Abdullah Nasib Ulwan berkata: Anak-anak
hendaklah mengetahui bahawa kita tidak berbangga dengan sejarah Abu Jahal, Abu
Lahab dan Ubay bin Khalaf tetapi kita berbangga dengan sejarah rasulullah saw
dan Umar.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Berdoalah untuk saudaramu
Permata 68 :
Daripada Abu Darda’ al-Ansari ra, rasulullah saw bersabda: Doa seseorang Islam terhadap saudaranya di
belakangnya amat mustajab, di sisi kepalanya terdapat malaikat yang diwakilkan
tatkala berdoa untuk saudaranya dengan kebaikan, nescaya malaikat yang
diwakilkan berdoa: Amin, dan bagi kamu dengan seumpama itu. (Riwayat
Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Tiga jenis daripada akhlak dari syurga dan tidak didapati kecuali orang
yang baik pekertinya. Memaafkan orang yang zalim kepadamu, memberi dan menolong
orang yang bakhil kepadamu dan membantu orang yang bersalah kepadamu.
b) Berbuat baiklah kepada sesama manusia, dan berbaktilah dengan membuat
kebaikan kepada semua orang supaya kamu akan mendapat kebahagiaan dari menziarahi
orang sakit, memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dan dari mengasihi
anak yatim.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Subscribe to:
Posts (Atom)


