Maka tertanya-tanyalah orang siapakah agaknya gerangan orang yang akan
memelihara permata yang tuinggal ini, yang tidak ternilai harganya. Maka
berkatalah segala burung, kami sanggup memeliharanya dan kami mahu merebut
keazamannya yang besar. Berkata pula binatang di hutan, kami lebih berhak
memeliharanya supaya kami dapat kemuliaan dan kebesarannya.
Akhirnya dikatakan; wahai sekalian umat, bertenanglah kamu kerana Allah
telah memutuskan dahulu dengan hematNya yang Qadim bahawa nabiNya Muhammad saw
menjadi anak susuan bagi Halimah penyantun.
Ya Allah Ya Tuhanku
cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.
Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008
No comments:
Post a Comment