Hadirkanlah hatimu wahai orang yang mempunyai akal, agar saya singkapkan
kepadamu keindahan sifat seorang yang paling tercinta, yang mendapat
keistimewaan dengan gelaran yang paling mulia, yang telah naik ke hadrat Tuhan,
Raja yang banyak memberi, hingga ia dapat melihat kepada keindahanNya tanpa
sekatan atau lindungan.
Maka apabila tiba masa terbitnya matahari kerasulan, di langit ketinggian,
ia pun dirasmikan oleh Tuhan yang mulia kepada Jibril ketua para malaikat. Wahai
Jibril, serukanlah di kalangan makhluk seluruhnya, penghulu bumi dan langit,
dengan tahniah-tahniah dan berita gembira. Kerana cahaya yang terpelihara dan
rahsia yang terpendam itu, yang telah Aku cipta sebelum adanya sebarang bebda
dan sebelum terbentuknya langit dan bumi, malam ini dengan sukacitanya Aku
pindahkan dia ke perut ibunya. Aku penuhkan alam ini dengan cahayanya. Aku akan
pelihara dia dalam keadaan yatimnya dan Aku sucikan dia serta seisi rumahnya
sesuci-sucinya
Ya Allah Ya Tuhanku cucurilah
rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.
Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008
No comments:
Post a Comment