Maka bergoncanglah Arasy kesukaan dan kegembiraan bertambah kehebatan dan
kebesaran Kursy. Langit dilitupi oleh cahaya yang terang benderang, serta
bergemuruh suara para malaikat bertahlil, memuji dan beristighfar. Semasa
mengandungkannya, ibunya sering mengalami beberapa kemuliaan dan keutamaan,
hingga tamat masa mengandungnya.
Apabila mendesak kandungannya, untuk lahir ke dunia dengan izin Tuhan
sekalian makhluk, maka dilahirkan oleh ibunya akan nabi yang dicintai ini saw
dalam keadaan sujud, bersyukur dan memuji Allah, keindahannya seoalah-olah
bulan purnama yang mengambang:
Ya Allah Ya Tuhanku
cucurilah rahmat dan kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya.
Aameen.
Ustaz Zulkifli Mat Isa
Maulid berzanji & daiba’i
2008
No comments:
Post a Comment