Friday, September 30, 2011

KalamNya

Ayat al-Quran yang paling agung :

“ Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama –lamanya mentadbirkan ( sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur.” (al-Baqarah : 255)


Ayat al-Quran yang paling jelas :

” Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta
 memberi bantuan kepada kaum kerabat ” (an-Nahl : 90)


Ayat al-Quran yang paling menyeluruh :

” Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (al-Zalzalah : 7-8)


Ayat al-Quran yang paling mengerunkan :

”( Balasan yang baik yang dijanjikan oleh Allah itu ) tidak akan didapati hanya dengan angan-angan kamu semata-mata dan tidak pula dengan angan-angan ahli Kitab ( Yahudi dan Nasrani ). Sesiapa yang melakukan kejahatan ia akan dibalasi dengan kejahatan itu dan ia pula tidak akan mendapat - selain dari Allah – seorang pun yang akan melindunginya dan tidak ada juga yang dapat menolongnya. ” (an-Nisa : 123 )


Ayat al-Quran yang paling mampu membangkitkan rasa berharap dengan rahmat dan keampunan Allah :


” Katakanlah (wahai Muhammad) : ”Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat) , janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun , lagi Maha Mengasihani. ” (az-Zumar: 53)


( Abdullah bin Mas’ud )

Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy

Sejajar & prihatin :

Wahai Umar, saya berpesan kepadamu agar gentar dengan Allah dalam menguruskan hal ehwal rakyat. Jangan sekali-kali kamu gerun dengan manusia dalam menunaikan hak-hak Allah. Janganlah kata-katamu tidak bertepatan dengan perbuatan. Lantaran perkataan yang terbaik adalah perkataan yang sejajar dengan perbuatan.

Wahai Umar, prihatinlah terhadap urusan rakyat yang dipertanggungjawabkan Allah kepadamu sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Sayangilah mereka sebagaimana kamu menyayangi diri dan keluargamu. Lindungilah mereka daripada perkara yang tidak diingini sebagaimana kamu tidak ingin ia menimpa diri dan keluargamu. Bergelumanglah dalam kebenaran dan jangan gentar dengan celaan dalam menegakkan hukum Allah.

Lalu Umar bertanya : Siapa yang mampu melakukan perkara tersebut wahai Sa’id?

Ia mampu dilakukan oleh individu sepertimu. Iaitu individu yang dilantik oleh Allah mengurus umat Muhammad sedangkan tiada perantara antaranya dengan Allah.


Iktibar dari Khubaib bin Adiy :

Pertama : Kehidupan yang sebenar adalah akidah dan berjihad di jalanNya hingga ke titisan darah terakhir.

Kedua : Iman yang teguh mampu menghasilkan keajaiban dan mencipta kemukjizatan.

Ketiga : Lelaki yang dicintai sepenuh hati oleh seluruh sahabatnya adalah seorang nabi yang mendapat dukungan langit.


Respon empat aduan :

Aduan pertama : Demi Allah! Saya tidak suka memperkatakannya. Namun saya terpaksa berterus-terang. Keluarga saya tidak memiliki orang gaji. Setiap pagi, saya bangun  menguli tepung. Setelah itu saya perap adunan tersebut  sehingga naik. Kemudian barulah saya bakar untuk makanan keluarga saya. Selepas itu saya mengambil wuduk dan keluar bertemu orang ramai.

Aduan kedua : Demi Allah! Saya juga tidak suka menghebohkan perkara ini.Sebenarnya saya peruntukkan siang untuk mereka. Manakala malam untuk Allah ’Azza Wa Jalla.

Aduan ketiga : Seperti yang saya katakan tadi, saya tidak memilikki orang gaji wahai Amirul Mukminin. Saya juga tidak memiliki pakaian lain selain pakaian yang saya pakai ini. Saya membasuhnya sebulan sekali dan saya tunggu sehingga ia kering. Kemudian barulah saya keluar bertemu mereka pada lewat petang.

Aduan keempat : saya telah melihat peristiwa pembunuhan Khubaid bin ’Adiy dan ketika itu saya masih lagi seorang musyrik. Saya melihat orang Quraisyh memotong anggota badannya sambil bertanya

”Adakah kamu suka jika Muhammad menggantikan tempatmu?”. Lantas Khubaib menjawab: Demi Allah! Saya tidak rela sekiranya saya selamat, duduk bersama isteri dan anak-anak sedang Muhammad dicucuk duri. Dan beliau juga sempat berdoa, Wahai Allah hitunglah bilangan mereka, hancur leburkanlah mereka dan jangan kamu biarkan mereka walaupun seorang!.

Demi Allah! Saya tidak mampu mengingati tragedi ngeri tersebut. Bagaimana saya boleh membiarkannya diperlakukan sedemikian sedangkan saya tidak membantunya. Saya merasakan Allah tidak mengampunkan kesalahan saya tersebut....sebab itulah saya jatuh pengsan.


Pinjamkan Allah :

Adakah kamu ingin perkara yang lebih baik daripada itu?, tanya Sa’id.

Apa dia? tanya isterinya ingin tahu.

Kita berikan dinar ini kepada orang yang datang memerlukannya ( janda si polan, anak yatim si polan, miskin keluarga si polan dan fakir keluarga si polan ) sekalipun kita lebih memerlukannya, jelas Sa’id.

Apa dia? tanya isterinya lagi.

Jawab Sa’id, kita pinjamkannya kepada Allah dalam bentuk pinjaman yang baik.

Baiklah...mudah-mudahan kamu dianugerahkan kebaikan...balas isterinya.


Ya Allah jadikanlah kami sepertinya yang membeli akhirat dengan dunia... mengutamakanMu dan rasulMu serta mengenepikan yang lain...ameen.

Ath-Thufail bin Amr ad-Dausi

Anggota anaknya di syurga :

Dalam peperangan Yamamah sahabat agung ath-Thufail bin Amr ad-Dausi berjuang dengan sehebat-hebatnya sehinggalah beliau tersungkur syahid di medan pertempuran.

Sementara anaknya Amr terus bertempur sehingga kecederaan yang dialami menjadikannya tidak berdaya lagi. Pergelangan tangan kanannya putus ditetak. Beliau pulang ke Madinah meninggalkan sekujur jasad bapanya juga tangannya di bumi Yamamah.

Ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khotthab, Amr bin at-Thufail masuk bertemu. Ketika itu Umar dihidangkan makanan dan orang ramai sedang duduk bersamanya. Lalu beliau menjemput orang yang ada makan bersamanya. Namun Amr tidak menjamah makanan tersebut. Lalu Umar bertanya : ”Mengapa dengan kamu ? Boleh jadi kamu malu dengan tangan kamu yang kudung tersebut.”.

”Benar wahai Amirul Mukminin ”, jawab ’ Amr tunduk.

Kata ’Umar : ”Demi Allah! Saya tidak akan menikmati makanan ini sehingga ia digauli oleh tanganmu yang kudung tersebut. Demi Allah tiada siapa yang hadir di sini anggota badannya telah berada di syurga melainkan anggota badanmu.”.

Anas bin Malik al-Anshori

Sunnahku :

Wahai anakku jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku jika kamu pulang bertemu keluargamu berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu


Kolam nabi :

Saya tidak sangka saya hidup sehingga saya bertemu orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam tersebut. Saya telah tinggalkan di belakang saya, wanita-wanita yang lanjut usia. Sesiapa saja di kalangan mereka bersembahyang dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam nabi saw.


Dua wajah :

Sesungguhnya saya telah melihat wajah nabi saw ketika hari baginda masuk ke Madinah. Saya juga melihat baginda ketika hari beliau diambil daripada kami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah, seluruh Madinah bersinar. Manakala  pada hari baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah.


Ya Allah ganjarilah kami dengan sebaik-baik ganjaranMu.....ameen.

Wednesday, September 28, 2011

Adakah kamu telah.....

Rasulullah saw merupakan manusia yang paling berakhlak mulia, amat berlapang dada dan terlalu penyayang. Suatu hari baginda  meminta saya pergi menyelesaikan satu urusan. Lalu saya pun keluar. Sedangkan ketika itu saya pergi bermain dengan rakan sebaya saya di pasar. Maka saya tidak pergi ke tempat yang rasulullah maksudkan,. Sesampai saya ke tempat rakan-rakan saya, saya rasa ada orang yang berdiri di belakang saya dan memegang baju saya.......

Saya berpaling, saya lihat rasulullah tersenyum seraya berkata : ” Wahai Unais, adakah kamu telah pergi ke tempat saya suruh tadi?”.

Saya rasa bersalah dan saya berkata : ” Baiklah. Saya akan pergi sekarang juga wahai rasulullah. ”

Demi Allah! Saya telah berkhidmat dengan nabi saw selama sepuluh tahun. Tidak pernah sekali pun rasullah berkata : ”Mengapa kamu buat begitu....” jika saya melakukan sesuatu. Apabila saya tidak melakukan sesuatu perkara, baginda juga tidak pernah berkata : ” Mengapa kamu tidak lakukannya...”

( Anas bin Malik al-Anshori )

Tuesday, September 27, 2011

Mutiara kata terakhir


  1. Segala-galanya bermula dengan satu buah fikiran.
” Hidup itu sebenarnya terdiri daripada apa yang kita fikirkan sepanjang hari ”
   ( Ralph Waldo Emerson )
                             
  1. Apa yang kita fikirkan menentukan siapa diri kita. Siapa diri kita menentukan apa yang kita lakukan setiap hari.
” Tindak tanduk kita adalah tafsiran terbaik pemikiran kita ”
   ( John Locke )

  1. Pemikiran kita menentukan nasib kita. Nasib kita pula menentukan legasi kita.
” Diri kita hari ini adalah hasil daripada pemikiran kita semalam. Kemana kita pergi esok bergantung pada pemikiran kita hari ini ”
( James Allen )

  1. Mereka yang mencapai kejayaan berfikir dengan cara yang lain.
” Tiada apa yang mengehadkan pencapaian kita seperti berfikir secara kecil-kecilan dan tiada perkara yang mampu meluaskan peluang kita seperti pemikiran yang terbuka ”
( William Arthur Ward )

  1. Kita mampu mengubah cara kita berfikir.
” Segala yang benar....mulia....saksama....suci....indah....itu baik. Berfikirlah mengenai perkara-perkara ini ”.
( Tanpa nama )

( Berubah untuk berjaya, John C. Maxwell )

Monday, September 26, 2011

Menghening malam

Kata Imam Al-Ghazali yang dirahmati Allah Taala:

Ertinya : (Dua rakaat pada tengah malam itu adalah dua perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan kebajikan dalam surga ).

Maka perbanyakkanlah bekalanmu pada hari kiamat dengan perbendaharaan itu. Perbendaharaan dunia itu tidak memadai bagi engkau ketika engkau mati.

( Hidayah Salikin, Abdul Ghani Jabal Maraqy )

Sunday, September 25, 2011

Mengetuk kepala


…….Sam Walton tidak mengetuk kepala saya dan berkata, “ Don, apa yang kamu pelajari daripada semua ini?. Beliau sudah pun mengetuk kepala saya dengan mencari apa yang baik , apa yang cemerlang di dalam kedai itu yang dapat kita gunakan buat memperbaik diri. Begitu mudah kita melihat kesalahan orang lain. Akan tetapi, hanya pemimpin yang memiliki visi yang mampu mencari kebaikan dalam apa yang dilakukan oleh orang lain dan mengamalkannya.

Kita tidak perlu menjadi genius ataupun mempunyai 20 tahun pengalaman bagi mencari peluang dalam setiap situasi. Apa yang diperlukan hanyalah sikap yang betul dan hal ini mampu dilakukan oleh semua orang.

( Berubah untuk berjaya, John C. Maxwell )


Saturday, September 24, 2011

Asalnya tanah

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wallahua’alam.

Friday, September 23, 2011

mudah


Get set the destination.
Plan the steps. ……
Less talk…more action…...
Bismillahi Rahmani Rahim…….
Allahumma rabbi yassir wala tu'assir……..ameen

Thursday, September 22, 2011

Memburu keberkatan


Keberkatan atau tuah itu unsur kebaikan dari ketuhanan. Pilihan Allah ini bukan pada kuantiti tapi kualiti. Ia roh sesuatu yng faedahnya berkekalan. Natijahnya keberuntungan dan ketenangan. Dambalah dari :
i) Amalan fardhu – ibu modalnya menerusi solat
ii) Amalan sunat – laba pada sesuatu
iii) Istiqamah – bukan bermusim, lebih mahal dari seribu karamah
iv) Kerja itu halal menepati syarak
v) Hasil tangan sendiri
vi) Diguna pada jalan agama dengan kebenaran tanpa pembaziran
vii) Syukur

Ya Allah ajarkanlah daku suatu ilmu yang memberikan kepandaian agar diri ini tidak bergantung kepada sesuatu melainkan hanya padaMu...ameen.

Jujur


Berat timbangan seseorang di akhirat dengan mengikut kebenaran di atas muka bumi. Kebenaran itu yang sebenarnya amat berat. Sebab itulah ia berat dalam timbangan akhirat. Ringan timbangan seseorang di akhirat dengan mengikut kebatilan di atas muka bumi. Kebatilan itu ringan dan mudah, sebab itulah ia ringan di akhirat .

( Saidina Abu Bakar )

Wednesday, September 21, 2011

Bersegeralah

Kalian berada pada ajal yang semakin berkurang, hari-hari yang sangat terbatas, mati yang datang secara tiba-tiba. Sesiapa menabur kebaikan akan memetik kebahagiaan dan siapa menabur kejahatan akan memetik penyesalan.

Setiap penanam akan memperoleh  hasil tanamannya. Yang berlambat-lambat  tidak akan memperoleh bahagiannya secara cepat sedang yang berlari cepat tidak akan memperoleh apa yang memang tidak diperuntukkan baginya.

Barangsiapa memberikan kebaikan, Allah menjadi pemberi (kebaikan) kepadanya dan barangsiapa menjauhi kejahatan maka Allahlah yang akan menjauhkan dirinya dari kejahatan itu.

Tuesday, September 20, 2011

Hidup Bahagia

Mulailah kebiasaan bahagia. Selalulah tersenyum dalam hati dan buatlah perasaan ini sebahagian dari diri. Ciptalah dunia bahagia kendiri, tataplah hari-hari mendatang. Bahkan seandainya segumpal awan menutupi mentari, selalu ada sesuatu yang bisa menyenangkan hati…

Nyatakan perang terhadap perasaan negatif. Lawan perasaan itu. Menangilah perang melawan musuh dalam selimut abad baru ini.

Perkuatkan imej diri. Lihat dalam saat-saat terbaik. Berikan sedikit penghargaan sebagaimana semestinya. Berhentilah merosak otak sendiri.

Belajarlah tertawa.....orang yang benar-benar tertawa memiliki kemerdekaaan. Tetawa yang benar-benar murni mampu membersihkan. Ia sebahagian mekanisme kejayaan yang mendorong menuju kejayaan hidup.

Galilah harta terpendam. Usah biarkan bakat dan sumber daya mati begitu sahaja dalam diri. Berikan semuanya kesempatan untuk menghadapi ujian hidup.

Bantulah orang lain. Memberi adalah pengalaman bermanfaat. Usah sinis, sedarilah ia topeng yang tidak menyenangkan. Memberilah tanpa memikirkan keuntungan.

Dan jangan lupa carilah kegiatan yang akan membuatkan kebahagiaan. Buanglah parut emosional kerana pada orang lain ia tampak sekadar goresan. Yakinlah ia goresan tak bererti. Basuhlah dengan sabun, calitkan iodine atau pasanglah balutan dan hidup dengan penuh semangat.Hiduplah sebagai seorang dewasa yang tidak memeluk lutut kepada sedikit nasib buruk. Jangan biarkan ketidaksempurnaan menakutkan anda. Bawalah diri yang asli yang bukannya orang tangguh.Setiap hari boleh menyenangkan.

Wallahu'alam




Menghafal Al-Quran


  1. Ikhlaskan niat semata-mata kerana Allah dan tidak memperagakan ayat-ayat suci al-Quran dengan kepentingan yang sementara.
  2. Memulakan dan mengakhiri bacaan dengan doa dan sentiasa menjaga adab dan memuliakan al-Quran
  3. Melancarkan sebutan ayat-ayat yang hendak dihafal terlebih dahulu.
  4. Pastikan tiada kesalahan pada baris, sifat huruf, menepati makhraj dan hukum tajwid.
  5. Setelah bacaan benar-benar lancar barulah mula menghafalnya.
  6. Cuba membaca dua halaman ( dalam masa lima atau enam minit ) tanpa kesalahan pun.
  7. Cubalah menghafal satu atau dua ayat terlebih dahulu.
  8. Mulakan dengan menghafal dengan hati yang tenang dan khusyuk.
  9. Ulangi bacaan hafalan setiap ketika tanpa rasa jemu dan bosan.
  10. Perdengarkan bacaan pada rakan yang lebih baik bacaannya.
  11. Menghafallah di tempat yang tenang, sunyi dan jauh daripada maksiat (terutama di masjid )
  12. Jika penat berhentilah seketika dan setelah itu teruskan hafalan.
  13. Cuba bawa ayat yang telah dihafal di dalam solat terutama solat malam.
  14. Mengutamakan solat pada awal waktu dan berjemaah di masjid
  15. Gunakan hanya sebuah al-Quran dan juga yang menepati Mashaf Rasm Usmani.
  16. Sentiasa tawaduk dan takut kepada Allah.
  17. Kurangkan ketawa dan banyakkan menangis (menjaga hak al-Quran)
  18. Perbanyakkan istighfar dan berniat mandi hadas pada setiap kali mandi
  19. Kurangkan makan, berbual kosong, tidur dan elakkan datipada makan makanan yang syubahat ( tidak jelas halal atau haramnya ).
  20. Banyakkan puasa sunat dan segala amalan sunat  yang lain.

( Anakku Brain Tumor, Isyah Radhiah Idris )

Monday, September 19, 2011

Rileklah

Pada zaman sekarang orang berusaha terlalu keras, memacu diri sendiri secara terlampau kejam. Mereka dengan kalut mendorong diri sendiri secara bermati-matian dalam usaha untuk mencari wang. Menjadi cantik atau mengatasi rasa rendah dirinya. Terlalu sering hasil yang diperolehi tidak sepadan dengan upaya yang dilakukan tentu sahaja perolehan harta duniawi tidak memadai sebagai ganti hilangnya kesihatan.

Lepaskan semuanya, lepaskan semua tanggungjawab secara sedar untuk mencapai hasil.Belajarlah untuk ….santai….bertenang dan perlakukan diri selayaknya sebagai seorang manusia yang sedang menikmati kehidupan.

Rilek dan dendam tidak berjalan seiring. Memaafkan mengurangi beban kebencian. Sulit memaafkan bermakna kepuasan yang muram dari kekesalan. Selama boleh menghukum orang lain, ia merasakan lebih unggul dari yang lain. Ingatlah, orang memaafkan pada tingkat yang sama dengan kalau dia mencintai.

( Kekuatan ajaib psikologi imej diri,  Maxwell Maltz )

Allah

Allah bersamaku

Allah melihatku

Allah menyaksikanku

Ya Allah, aku bukan Rabiatul Adawiyah
 yang hatinya siang dan malam hanya berkiblatkanMu.
Apapunku yakin dan percaya
" LA TAKHAF WA LA TAHZAN, INNALLAHHA MA'ANA"

Sunday, September 18, 2011

fikir

Berfikirlah……dalam kategori baru…..demi menggapai “ Halawatul Iman “ ( kemanisan iman ).

Ya Allah mudah dan berkati kami untuk memiliki iman yang sempurna,keyakinan yang mantap, ketakwaan dan keafiatan....ameen.

Saturday, September 17, 2011

Orang Merdeka

“Orang yang merdeka ialah sesiapa yang memelihara kasih sayang walaupun kasih sayang itu hanya sedetik dan dia menghormati orang yang memberi nasihat yang berguna kepadanya walaupun hanya satu patah perkataan”
(  Imam As Syafie ) 

Friday, September 16, 2011

Mudahnya

         Senyumlah tanpa kata apa-apa…..hidup ini singkat untuk membiarkan saat-saat berlalu tanpa makna di sana.

Wednesday, September 14, 2011

Merenung pesanannya

Perbaiki kelakuan  buruk kanak-kanak dengan ‘rahmah’ bukan dengan cara menempelak.

Mengajarlah sekadar kemampuan mereka.

Jangan ajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.

Hendaklah guru beramal dengan ilmu yang diajarinya, jangan percakapan mendustai perbuatannya.

Guru harus mengikuti jejak Rasul (saw) mengajar ilmu tidak mencari upah, balasan dan terima kasih dengan mengajar itu tetapi mengajar kerana Allah dan mencari kedekatan diri kepadanya, meskipun begitu murid-murid harus mengingati budi baik orang kepadanya.

( Al-Ghazali )

Ya Tuhanku, segala puji milikiMu yang telah mengurniakan segala nikmat sehingga kebaikan menjadi sempurna.

Tuesday, September 13, 2011

Tip seorang marathon

Edinburgh - Dia dikenali sebagai pelari marathon tertua di dunia dan pada umur 100 tahun, Fauja Singh tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti berlari.

Dan kini lelaki yang dilahirkan pada 1 April 1911 itu mendedahkan rahsia bagi mendapatkan kekuatan fizikal luar biasa pada umur itu  adalah dengan memakan kari ikan dan meminum teh dengan banyak.

Tetapi bagi saya perkara utama untuk mendapatkan kecerdasan ini adalah sentiasa gembira, lakukan kebaikan, jaga kesihatan dan berfikiran positif. Katanya yang melakukan larian sejauh 16 kilometer setiap hari sebagai latihan untuk marathon.

Singh, warga Britain yang memegang rekod marathon dunia dalam kategori lelaki berumur 90 tahun ke atas juga menegaskan satu-satunya rahsia untuk hidup lebih lama adalah bebas daripada tekanan.

Jika ada sesuatu yang anda tidak dapat ubah dalam hidup ini, mengapa perlu bimbangkan mengenainya. Bersyukurlah dengan apa yang anda ada dan jauhkan diri daripada orang yang berfikiran negatif, katanya.

Lelaki tua ini yang telah menyertai larian dalam tujuh marathon sejak berumur 89 tahun turut mendaftarkan diri untuk larian marathon Edinburgh 2012 di bandar itu pada tahun depan.

Wallahu’alam.

( Pelari marathon tertua dunia kongsi rahsia, SH 3 Sept 2011 )


Sunday, September 11, 2011

Amalan ilmuan


  1. Solat malam
  2. Takut dan harapkan Allah
  3. Berwuduk
  4. Alaskan perut
  5. Bersugi

Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu dan kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh. Ameen.


Saturday, September 10, 2011

Manifestasi zikir

Mata dengan menangis (tangisan)
Kedua telinga dengan mendengar ( pada yang baik )
Lidah dengan pujian
Kedua tangan dengan pemberian
Badan dengan penyempurnaan ( janji dan ketaatan )
Hati dengan takut dan harap
Roh dengan menyerah diri ( taslim ) dan redha.

Ya Allah, dengan rahman dan rahimMu...tambah dan kekalkanlah rahmatMu buat kami tanpa rasa terhina dan terpesona pada ciptaanMu.... ameen.