Friday, September 30, 2011

Anas bin Malik al-Anshori

Sunnahku :

Wahai anakku jika kamu mampu pada waktu pagi dan petang tidak berdendam dengan sesiapa, lakukanlah. Wahai anakku itu merupakan sunnahku. Sesiapa yang menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintaiku. Sesiapa yang mencintaiku sesungguhnya dia akan bersamaku di syurga. Wahai anakku jika kamu pulang bertemu keluargamu berikanlah salam kepada mereka. Kerana ia akan membawa keberkatan kepadamu juga keluargamu


Kolam nabi :

Saya tidak sangka saya hidup sehingga saya bertemu orang seperti kamu semua yang berdebat tentang kolam tersebut. Saya telah tinggalkan di belakang saya, wanita-wanita yang lanjut usia. Sesiapa saja di kalangan mereka bersembahyang dia pasti akan memohon agar dikurniakan untuk meneguk air kolam nabi saw.


Dua wajah :

Sesungguhnya saya telah melihat wajah nabi saw ketika hari baginda masuk ke Madinah. Saya juga melihat baginda ketika hari beliau diambil daripada kami. Pada saya tiada hari yang setanding dengan dua hari tersebut. Pada hari baginda masuk ke Madinah, seluruh Madinah bersinar. Manakala  pada hari baginda pergi menghadap Ilahi, gelap seluruh Madinah.


Ya Allah ganjarilah kami dengan sebaik-baik ganjaranMu.....ameen.

No comments:

Post a Comment