Sekebun
setanggi mewangi lagi di batas Ogos ini
Ketika
pucuk-pucuk kemerdekaan bertunas
Di
batas hari menumbuh tegak sepohon semangat
Di
bumi legasi keramat
Di
taman hijau sejarah yang pernah membuah
Ranum
kisah yang terakam
Di
atas lembar naskhah manuskrip ibunda
Di
kebun wangsa
Tatkala
panji kemerdekaan terbuka mengibar
Di
puncak angkasa raya
Tiada
lagi bendalu liar
Yang
mengoyak akar
Warga
dengan api dan jelaga
Sehingga
tumit kerukunan kita terluka
Oleh
duri runcing derhaka
Di
dusun rusuh peranda.
Sehektar
ladang pertiwi
Jangan
sesekali
Kau
tabor racun proksi
Sehingga
nyala api membakar malar negeri
Dengan
marak desir revolusi
Kerana
janji kita untuk melukiskan matahari
Demokrasi
hingga ke hujung hayat nanti
Di
kanvas berwarna warni ini.
Husna Nazri
Kemaman
BH 23 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment