Bahagian 3
Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedari akan hakikat KetuhananMu dan
KerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah kami ini hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan
sebaik-baiknya; berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, supaya dapat
kami melakukan segala yang diperintah oleh Engkau dan meninggalkan segala apa
yang dilarang oleh Engkau.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di
akhirat nanti dan jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersedia untuk
menghadapi masa depan kami selepas mati.
Aameen.
Masjid Abu Bakar
Assiddiq,
Bangsar Kuala Lumpur
1 Dis 1988.
No comments:
Post a Comment