Kepimpinan Transformasi sering dikaitkan dengan
gaya kepimpinan yang efektif dan boleh mengubah persepsi dan motivasi staf
serta membawa kecemerlangan kepada sesebuah organisasi (Bass, 1985)
Pemimpin ini adalah seorang yang dapat menjadikan
staf saling bekerjasama dan tidak hanya bergantung kepada pemimpin untuk
menyelesaikan masalah. Kepimpinan Transformasi meletakkan tahap kepercayaan
antara pemimpin serta orang bawahannya tinggi dan semua bertanggungjawab dalam
memajukan organisasi.
Kepimpinan ini juga mewujudkan peluang di anta
staf untuk berkerjasama dan berkongsi kuasa dengan mereka. Ini dapat
dilaksanakan apabila seorang atau lebih pemimpin dan staf saling bantu membantu
dan dapat meningkatkan keupayaan mereka ke tahap yang lebih tinggi
(Darling-Hammond et al.2010, Bass & Riggio, 2006).
Untuk mengoptimumkan gaya kepimpinan, pemimpin
menurut Darling-Hammond(2010) perlulah:
a) Menetapkan haluan / hala tuju dengan menetapkan
visi dan tujuan
b) Menerapkan kepercayaan dan budaya saling
percaya mempercayai
c) Memberi sokongan secara langsung dan tidak
langsung untuk meningkatkan prestasi
d) Memperkembangkan dan memudah cara PdP dan
e) Meningkatkan prestasi sekolah melalui komuniti
pembelajaran
Pemimpin Transformasi juga berkebolehan:
a) Menyampaikan visi
b) Menggalakkan staf berfikir secara intelektual
dan
c) Menangani perbezaan individu.
Menurut Pounder (2003) dan Burn (1978) terdapat 4
Dimensi Kepimpinan Transformasi iaitu:
1. Dimensi karismatik – Pemimpin akan menyediakan
visi, dihormati, dipercayai dan meningkatkan keyakinan diri.
2. Dimensi bertimbang rasa secara individu –
Pemimpin akan membimbing, menyediakan maklum balas dan melaraskan keperluan
staf dengan misi organisasi. Setiap individu diambil kira keperluan dan
perkembangan profesional mereka
3. Dimensi stimulasi intelektual – Pemimpin
menggalakkan staf untuk berfikir dan menilai semula keadah melaksanakan tugas
dan menyelesaikan masalah dan
4. Dimensi motivasi inspirasi – Pemimpin adalah
model, berkeyakinan dan berkebolehan untuk mencapai misi dan visi organisasi.
Wallahu a’lam.
Nor Rajiah bt Ahmad Dawa
PrOD, IAB,
2011
No comments:
Post a Comment