Pemimpin 360 darjah adalah orang yang mampu
mempengaruhi orang di sekelilingnya yang terdiri daripada orang atasannya
(ketua), rakan sejawat dan orang bawahan. Maxwell (2005) menjelaskan bagi memenangi hati
sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana pemimpin sebenar adalah
pemimpin yang berpengaruh, tidak lebih dan tidak kurang. Pemimpin 360 darjah
dapat dicapai oleh sesiapa sahaja yang sudah memiliki kemahiran memimpin tahap
sederhana atau yang lebih baik dan hanya perlu berusaha.
1. Pasukan pemimpin lebih berkesan daripada
seorang pemimpin
2. Pemimpin diperlukan di setiap peringkat
3. Berjaya memimpin di satu peringkat melayakkan
kita memimpin di peringkat seterusnya
4. Pemimpin yang cemerlang di peringkat
pertengahan menjadi pemimpin yang hebat di peringkat atasan dan
5. Pemimpin 360 darjah memiliki kualiti yang
diperlukan oleh setiap organisasi
Manakala prinsip-prinsip Pemimpin 360 darjah dapat
digambarkan sebagai
Memimpin Pihak Atasan
|
Memimpin Rakan Sejawat
|
Memimpin Orang Bawahan
|
1. Penampilan diri
2. Ringankan beban kerja ketua
3. Sanggup melakukan kerja orang lain
4. Pimpin organisasi
5. Memupuk hubungan yang serasi
6. Bersedia setiap kali berdepan dengan pemimpin
7. Mengetahui bila perlu mendesak dan bila perlu mengalah
8. Menjadi orang harapan
9. Jadikan diri kita hari ini lebih baik dari semalam.
|
1. Memahami, mengamalkan dan melengkapkan pusingan kepimpinan
2. Utamakan pemimpin yang cekap bukan menentang
3. Bersahabat dengan mereka
4. Jauhi pilitik pejabat
5. Ramaikan kenalan
6. Rangsang idea yang baik
7. Jangan berlagak sempurna
|
1. Perlahankan langkah semasa berjalan ke dewan
2. Anggap mereka semua sempurna (10/10)
3. Kembangkan potensi anggota pasukan
4. Tempatkan individu dalam zon kekuatan
5. Kepimpinan melalui teladan
6. Pindahkan visi
7. Beri ganjaran atas pencapaian
|
Wallahu a’lam.
Mohd
Shahrul Iza b Ismail
PrOD, IAB,
2011
No comments:
Post a Comment