Esei 65
Pengajaran 1 :
Berwaspada dan berhati-hati, tanpa berpura-pura berperasaan menguasai keadaan.
Sediakan diri untuk menghadapi jalan-jalan licin dan kapal yang hampir karam
dan sentiasalah berharap untuk yang terbaik.
Pengajaran 2:
Kurangkan risiko dan kerugian anda, sebelum terlambat. Cicak rumah akan
memberikan ekornya, tetapi masih mengekalkan nyawanya! Sentiasa buang nasib
malang sebelum ia berubah menjadi lebih buruk. Biarkan harimau menggigit tali
sebelum ia membaham anda. Mereka yang malang adalah yang degil dan enggan
berubah untuk mengurangkan kerugian.
Pengajaran 3: Bentuklah
satu jaringan persahabatan yang besar. H.Khan, pengasas Institut Hudson
berkata: Anda tidak akan tahu wawasan apa atau penyelesaian bagaimana yang
mungkin datang kepada anda secara tidak disangka-sangka dengan perhubungan
dengan orang lain.
Pengajaran 4:
Kewaspadaan dan kepatuhan memperbaiki nasib anda. Jangan terlepas pandang
kepada karenah, kerdipan atau teguran yang berlalu! Sedihnya, kebanyakan orang
tidak suka memberi perhatian kedua terhadap sesuatu atau mengubah masalah
menjadi peluang.
Pengajaran 5:
Hendaklah berani dalam mengambil risiko yang terancang. Imbangkan keberanian
dengan langkah-langkah berhati-hati. Kaji situasi dengan hati-hati, pro dan
kontranya di antara satu risiko dengan yang lain dan jumlah risiko yang anda
telah bersedia menghadapinya.
Pengajaran 6: Orang
yang beruntung adalah orang yang rajin dan pintar berkekerja.
Pengajaran 7: Saling
bersefahaman, kasih sayang, memperkasa dan membantu orang lain.
Kesimpulannya, kita
harus menerima bahawa dalam kehidupan ada pasang surutnya, manusia tidak
semesti menerima sesuatu bulat-bulat. Berbekalkan ilmu pengetahuan,
kebijaksanaan, kemahiran dan semangat berdikari yang kuat, nasib dan seterusnya
kehidupan boleh dikawal.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment