a)
Ciri-ciri murid KBAT
Seorang yang suka bertanya dan boleh memberi
cadangan penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan
rangsangan seperti soalan-soalan aras tinggi dapat menggalakkan murid berfikir
dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan refleksi seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar.
2) Boleh memberi cadangan penyelesaian (menaakul)
berdasarkan pengetahuan sedia ada.
b)
Ciri-ciri guru yang menggalakkan KBAT
Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan
pelbagai aktiviti berpusatkan murid, menyediakan aktiviti yang dapat mencabar
minda murid dan menggunakan penyoalan aras tinggi secara berperingkat bagi
mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan penerokaan
secara terancang dan berstruktur.
1) Berperanan sebagai pemudah cara
2) Melibatkan murid secara aktif semasa pengajaran
dan pembelajaran
3) Menggalakkan murid memberi pandangan dan
membuat keputusan.
c)
Bilik Darjah KBAT
Bilik Darjah merujuk di mana berlakunya pengajaran
dan pembelajaran. Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan paparan hasil
murid dalam bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran.Susun atur bilik darjah
berpusatkan murid di mana murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid
berinteraksi dan berkolaborasi. Guru menggunakan bahan sokongan yang dapat
meningkatkan pemikiran murid.
1) Susun atur bilik darjah yang berpusatkan murid
2) Aktiviti yang memerlukan murid membuat inkuiri,
penyelidikan pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran kolaboratif.
3) Bahan sokongan bagi merangsang aktiviti
berfikir.
Wallahu a’lam.
Kemahiran
berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di sekolah
BPK, KPM
2014
No comments:
Post a Comment