Ini
Multaqa (Pertemuan Keilmuan)
dinamakan
ia dengan nama
“seorang
sultan”,
pertemuan
ini sangat bermakna
kerana
ia diasaskan atas nama ugama.
dari
ugama?
Apakah
yang lebih penting
dari
ugama?
Apakah
yang lebih suci
dari
ugama?
Ugamalah
kemuliaan
ugamalah
kedaulatan,
ya,
tiada lain
yang
lebih menentukan
kecuali
ugama.
Multaqa
ini khusus
untuk
mengenali undang-undang Allah,
–
sambil juga –
dengan
sendirinya akan menyingkap
siapa
pendukungnya
siapa
penentangnya
siapa
yang tidak mantap pendirian
dari
kalangan sesama kita.
Ya,
memang macam-macam ada
ragam
manusia,
bukan
satu dua ragam,
tetapi
pelbagai ragam,
demikianlah
hukum alam.
jalan
cuma satu sahaja
ke
akhirat . . .
namun
pentas tidak pernah sunyi
dari
sandiwara demi sandiwara
dengan
para pelakunya penggemar sensasi
terus
beraksi
membakar
semangat dan emosi
supaya
para hamba ini
terus
menerus berbeza,
ya,
biar terus berbeza :
berbeza
pendapat
berbeza
pendirian,
lalu
atas sikap inilah
hukum
Tuhanpun diteorikan.
Ada
yang berkata :
“kalau
di negara sekian ...
undang-undang
Allah itu tiadalah masalah
tetapi
di Nusantara ada masalah itu
kerana
Islam di dua tempat ini berbeza
sebab
budaya berbeza.
Ini
juga teori sangatlah naifnya
berdasarkan
Islam tetap Islam
di
manapun ia,
di
Asiakah di Afrikakah di Eropahkah,
Islam
adalah sama sekali tidak boleh
di
Asiakan atau di Afrikakan atau
di
Eropahkan,
tetapi
ia tetap bulat satu-satunya
ugama
seluruh alam.
Dan
mengenai budaya pula,
bukan
ugama yang tunduk kepada budaya
tetapi
budayalah yang mesti tunduk kepada
ugama.
Kemudian
menyusul lagi teori lain :
“tidak
boleh tergesa-gesa atau terburu-buru
melaksanakan
undang-undang ini.”
Ini
juga pendapat yang aneh.
Sekarang,
Brunei telahpun melaksanakannya,
apakah
ini tergesa-gesa atau terburu-buru?
Mohon
ingati hakikat ini :
sejak
bilakah undang-undang itu dikanunkan?
Adakah
baru setahun dua
atau
seratus tahun?
Tidak!
Tetapi Al-Qur’an dan Al-Hadits
telahpun
mencanangnya semenjak
dari
seribu tahun lebih lagi,
sementara
Islam pula
sudahpun
sampai di Nusantara
termasuk
Brunei,
tidak
kurang dari 600 tahun,
jadi
di mana wajarnya
istilah
“tergesa-gesa” atau “terburu-buru” itu?
ada
lagi teori lebih celaru :
orang
hanya mahu “feqih baru” saja
undang-undang
jenayah syar’iah yang kita ada
adalah
“feqih lama”,
penteori
ini tidak mahu “feqih lama”
dia
hanya mahu “feqih baru”
kerana
“feqih lama” itu sudah lapok
berumur
beratus-ratus tahun,
ia
tidak layak
untuk
dijadikan sandaran penggubalan
bagi
undang-undang ini
dalam
alaf baru.
Apa
erti feqih?
Erti
feqih ialah
ilmu
berkaitan undang-undang Islam
yang
disusun dikarang dan dirumus dengan
ijtihad
oleh
para ulama muktabar
bersumberkan
Al-Qur’an dan Al-Hadits.
Apa
inikah yang mahu ditolak itu?
Dan
kerana lamanya beratus-ratus tahun,
makanya
ia perlu diganti dengan “feqih baru?”
Apakah
ini juga bererti
teori
itu sekaligus menolak
ulama
muktabar dan kitab-kitab turats mereka:
Al-Imam
Malik dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti
:
Al-Muaththa’
dan Tanwirul Hawalik
Al-Imam
Abu Hanifah dan kitab-kitab
Mazhabnya,
seperti :
Al-Mabsuth
dan Fathul Qadir
Al-Imam
Syafe’i dan kitab-kitab Mazhabnya,
seperti
:
Al-Um
dan Ar-Risalah
Al-Imam
Ahmad bin Hanbal dan kitab-kitab
Mazhabnya,
seperti :
Kutub
Al-Qadha’ Wal Ifta’ dan Al-Iqna’.
mahu
mempertikai ulama muktabar,
ya,
boleh saja jika mampu
tetapi
kemampuan itu
bukan
setakat pandai berteori saja
tetapi
berteorilah sambil menghasilkan juga
karya-karya
besar “feqih baru” itu,
ya
berkaryalah seperti Al-Imam Malik
berkarya
berkaryalah
seperti Al-Imam Abu Hanifah
berkarya
berkaryalah
seperti Al-Imam Syafe’i berkarya
berkaryalah
seperti Al-Imam Ahmad berkarya
berkaryalah
seperti Al-Imam Ibnu Hajar
berkarya,
berkaryalah
seperti Al-Ghazali berkarya
berkaryalah
seperti An-Nawawi berkarya,
ya,
berkarya, ayuh berkarya
dengan
“karya-karya besar”
seperti
Imam-Imam ini berkarya,
jangan
kurang dari mereka,
jika
kurang, sanya
teori
“feqih baru” itu
akan
hanya
jadi
omongan saja.
tentang
Multaqa ini,
ia
adalah satu cetusan
dari
minda hebat
oleh
orang hebat
dan
wawasan
oleh
orang berwawasan,
kemudian
lebih istimewa lagi
ia
juga turut didepani
oleh
seorang Raja
yang
bistari.
Allah
Maha Kaya
menentukan
semua ini.
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu
Akbar
sama-samalah
kita
meraih
berkah-Nya,
insya’
Allah.
ADI
RUMI
China
World Hotel,
Beijing,
China,
9
November, 2014.
Pelita
Brunei
No comments:
Post a Comment