Esei 66
Kesusahan timbul
daripada pelbagai sebab, seperti kekurangan pengetahuan, kemahiran, teknologi,
dana simpanan, persediaan, komunikasi, persefahaman, penerimaan antara satu
sama lain dan sebagainya. Kebanyakkan ini dapat diselesaikan mengikut masa dan
usaha. Hubungan baik, penjelajahan berdasarkan asas yang sama dan situasi
menang-menang dalam cara baru dan fleksibel membawa suasana harmoni dan
penyelesaian. Secara bijaksana, tentangan boleh ditukar kepada penerimaan.
Sentiasa bermuhasabah diri, buangkan semua rasa sakit hati. Kemarahan menghakis
situasi, melemahkan daya hidup dan menjahanamkan diri. Kenal pasti sebab-sebab
sungutan dan selesaikan cara kreatif dan objektif.
Masalah adalah peluang
dalam pakaian kerja, kata Henry Kaiser manakala Einstein pula, di tengah-tengah
kesukaran muncul peluang.
Tuhan merendam kita ke
dalam air yang dalam bukan untuk melemaskan tetapi untuk dilatih supaya menjadi
lebih perkasa. Kesukaran melatih manusia supaya menjadi lebih bersedia untuk
menghadapi kehidupan sebagaimana kalah perang telah melatih kita kaedah baru
untuk menang di kemudian hari. Beribu-ribu halangan yang besar telah diatasi di
dunia ini. Patutkah ia melemahkan anda? Beethoeven adalah pekak, Solzhenitsyn
dan Mandela dipenjarakan, Ray Charles, Jose Feliciano dan Steve Wonder adalah
buta! Jikalau anda mahu pelangi, anda harus menghadapi ribut hujan terlebih
dahulu! Tidak ada perlumbaan yang mudah bagi mendapat hadiah yang berharga.
Tersungkur bukan jatuh. Setiap air mata ada senyuman di sebaliknya dan sebarang
halangan akan cepat dilupakan. Zaman kesusahan sebenarnya bukanlah begitu sukar
tetapi membuatkan kita menghargai zaman yang baik.
Wallahu a’lam.
Stephen W.K.Tan
100 esei Inspirasi & motivasi untuk pelajar
No comments:
Post a Comment