Abdullah bin Abbas Ibn Abdul Muttalib al-Hashimi, Abu al-Abbas. Sepupu
rasulullah saw, dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah di Kota Mekah. Berkat doa
rasulullah saw kepadanya, supaya beliau menjadi fakih dalam agama.
Beliau dikenali sebagai lautan ilmu atau pendita ummah. Umar Ibn al-Khattab
memasukkannya ke dalam majlis walaupun usianya masih kecil dan meminta bantuan
dengan ilmunya yang luas dan akalnya yang besar. Beliau meninggal pada tahun
71H di bandar Taif dan dikebumikan di sana.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment