Nama sebenarnya ialah Suday, al-Bahili nisbah kepada Bahilah. Di dalam
al-Qamus, Bahilah merupakan kaum. Nama ayahnya ialah Ajlan. Imam Ibn Abd al-Bar
berkata : Ulama tidak khilaf berkenaan namanya dan nama ayahnya. Beliau menetap
di Mesir kemudian berpindah dan menetap di Hims.Meninggal di sana pada tahun 81
Hijrah, ada pendapat menyatakan pada tahun 86 Hijrah. Beliau merupakan sahabat
yang terakhir yang meninggal dunia di Kota Syam. Salah seorang daripada yang
banyak meriwayatkan hadis.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu Lil Mukminin Jld 2
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment