Saturday, March 31, 2012

Wawasan

Organisasi memerlukan ketua yang berwawasan, bukan ketua impian : a visionary is good with words, but a leader is good with actions as well as words…juga altruistic yang tidak jelak dan jemu membimbing k-pekerjanya dan mempertingkatkan rasa yakin, selamat dan sejahtera ke arah budaya kerja prestasi tinggi.

Friday, March 30, 2012

Gembira lulus peperiksaan

 
Ibu bapa dan pelajar mana yang tidak riang lulus peperiksaan apa pun peringkat dan pangkatnya? Siapa tidak sedih kalau kandas dalam apa usaha pun apa lagilah bercinta! Yang sukses jangan keterlaluan seronok, cabaran dan ekspektasi tinggi menanti di depan; mereka yang gagal jangan terlalu sedu.

Saya tumpang senang hati keputusan peperiksaan SPM terbaik tempoh lima tahun. Tahniah kepada yang sukses, tingkatkan lagi pencapaian dalam peperiksaan yang mendatang. Kepada yang failed jangan kecewa – belajar terus belajar atau ceburi medan baru yang bukan akademik.

Sejarah lama dan baru banyak membariskan bilangan yang sukses akademik tetapi tidak dalam kehidupan; ramai juga yang hampa dalam peperiksaan jadi kaya-raya dan pemimpin. Sejumlah politikus, usahawan, penulis, wartawan dan penyumbang kepada negara, bangsa dan agama begitu.

Satu contoh, peribumi terkaya mengikut majalah Forbes, Syed Mokhtar Al Bukhary, tidak ada pun SPM. Sekarang dia membina Universiti Al Bukhary, di Alor Setar tempat kelahirannya.

Bukan semua pelajar yang lulus SPM dan STPM bagus, tidak seluruh yang tumpas bebal! Sijil SPM / STPM hanya sehelai kertas untuk mendapat kerja rendah atau bagi menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Pada akhirnya native intelligence, networking, kebolehan berkomunikasi, menulis dan berinteraksi dan bakat semula jadi yang all round menentukan matlamat tercapai atau tidak. Terpenting lagi walaupun ada bakat, wujud peluang dan nasib baik.

Saya baru sahaja membaca review buku: Eisenhower – In War and Peace, oleh Jean Edward Smith – Random House, 950 muka surat berharga RM120. Dwight “Ike” Eisenhower adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-34 dan sebelum itu jenderal lima bintang, panglima NATO pertama. Ike berjaya kerana orang atas suka padanya.

Mereka tahu dia berbakat. Sepanjang hidup dan kerjaya dia dinaungi oleh ketua-ketua dan jeneral yang suka padanya dan nasibnya amat baik pula. Dia naik pangkat demi pangkat. Dijadikan panglima tentera Amerika Syarikat di Afrika Timur semasa perang dunia kedua walaupun ada 228 pegawai yang lebih kanan daripadanya dan pandai pula.

Apa sebab pun dia dipilih dan diyakini oleh orang atas. Bak kata Napoleon, kebolehan tidak penting bagi jenderal dan mereka dalam angkatan bersenjata. Saya suka menambahnya juga tidak penting dalam politik, media, dunia bisnes dan korporat dan perkhidmatan awam. Yang penting ialah mereka disukai oleh orang atasan.

Apa guna kebolehan atau bijak kalau orang di atas tidak mempercayai atau meyakini seseorang itu? Ramai yang cerdik, berbakat tetapi sayangnya mereka tidak bernasib baik, tidak ada peluang, tidak ada godfather; tidak ada mentor. Saya telah lama makan garam dan telah melihat mereka yang cerdik ditinggalkan dan dipinggirkan sebaliknya yang tidak cerdik sangat ditonjolkan kerana penerimaan orang atasan terhadapnya.

Pada muda-mudi saya anjur cari kerjaya yang kamu suka dari kecil lagi, turut hati dengan perhitungan yang logika; ambil risiko kerana tanpa risiko tiada sukses! Ijazah tidak menjamin sukses dalam kehidupan.

Kamu sudah ada pendidikan asas, sudah mencukupi.

Berfikir dan bertindaklah di luar lingkaran
atau kata orang sekarang di luar kotak.
Kelayakan akademik
tidak ada kolerasi dalam real life! 

( Tan Sri Abdullah Ahmad, Sinar Harian 25 Mac 2012 )

Thursday, March 29, 2012

Berkali-kali


Can do mentality :
…….learn, commit & do…
……...and learn, commit
……….& do again

Wallahu’alam.

Tuesday, March 27, 2012

Menjadi hebat dengan membaca


Ada kepuasan yang berbeza apabila kita membaca buku berbanding dengan membaca majalah mahupun akhbar. Dengan kita membaca akhbar, kita memperoleh lebih banyak berita daripada maklumat.

Kerencaman kandungan akhbar dan pendeknya sesebuah berita itu menjadikan kita dapat menghabiskan bacaan sesebuah akhbar dalam waktu singkat. Kepuasan membaca pun sedikit.

Apabila kita membelek majalah pula, keseronokan membaca kita bertambah berbanding membaca akhbar. Selain daripada berita, majalah memaparkan maklumat yang boleh dijadikan pengetahuan.
Artikel-artikel yang dipaparkan juga lebih panjang dan justeru itu menjadikan minda kita lebih terisi.

Membaca buku pula memberikan kita kepuasan yang maksima. Tidak kira sama ada kita membaca buku hardcopy ataupun e-book, membaca buku adalah kegiatan maraton berbanding dengan majalah yang dianggap sebagai senaman minda untuk jangka waktu yang pendek atau membaca akhbar yang lebih singkat masa bacaannya.
Panjangnya tempoh membaca sesebuah buku itu menjana kelestarian minda. Kondisi ini amat memuaskan. Apakah kepuasan itu? Kepuasannya ialah apabila kita dapat mengadakan hubungan psikik dengan si penulis buku itu. Apabila seseorang penulis hendak menghasilkan bukunya, dia harus melalui proses yang rumit dan mengambil masa.

Penulis yang hendak menghasilkan sesebuah buku biasanya mempunyai sesuatu idea, gagasan, teori atau penemuan besar yang ingin disampaikannya kepada khalayak. Sebelum menulis, dia akan melakar konsep dan idea buku yang ingin ditulisnya. Idea dan konsep ini akan disusun dari mula hingga akhir.

Dia akan mengumpul bahan-bahan penyelidikan dan rujukan yang digaul menjadi manuskrip ilmiah mahu pun fiksyen. Untuk melakar ideanya, si penulis perlu menumpahkan apa yang ada di dalam fikirannya ke skrin komputer. Pastinya idea yang terzahir ini akan disemak dari segi kesahihan fakta, kesinambungan idea, kelogikan pendapat yang kemudiannya diuli dan disusun menjadi ayat yang mudah difahami oleh pembaca. Kemudian, manuskripnya akan disemak dan disunting oleh editor daripada segi ketepatan fakta dan kesinambungan idea.

Akhirnya, apabila sesebuah buku itu lahir, ia merupakan satu rantaian minda penulis yang biasanya dapat diikuti secara linear dari halaman pertama sehinggalah halaman yang terakhir. Bayangkan. Seseorang penulis itu mungkin mengambil masa bertahun untuk menyiapkan sesebuah buku. Ideanya yang rencam, dikumpul menjadi rencah tulisan yang diadun, diperam dan disaring. Hanya pati ideanya sahaja dipersembahkan dalam bentuk sebuah buku. Kita sebagai pembaca boleh dengan mudah menghazam inti fikirannya yang dikumpul bertahun lamanya dalam masa sehari!

Ketika membaca karya seseorang penulis, kita seolah-olah mengembara dan menyelami minda dan hatinya. Meskipun si penulis telah meninggal dunia, kita masih dapat belajar daripadanya. Andainya sebuah buku karyanya dibaca, kita memperoleh sebahagian daripada pemikirannya. Sekiranya kita membaca dua atau tiga atau lebih buku karya seseorang penulis itu, ia bererti kita memperoleh pemikiran si penulisnya.

Bayangkan, jika kita membaca Al-Muqqadimah karya Ilmu Khaldun, kita memahami ilmu falsafah sejarah daripadanya. Andainya kita membaca pula buku Roh, karya Ibnu Qayyim, seorang ilmuwan Islam, kita belajar mengenai roh daripadanya.

Buku Lateral Thinking oleh Edward de Bono, A Brief History of Time oleh Stephen Hawking, The Art of War oleh Sun Tse, adalah mengenai teknik berfikir, fizik dan seni peperangan. Apakah maknanya apabila kita sudah membaca kesemua buku-buku ini? Ia bererti, di dalam diri kita sudah ada pemikiran Ibnu Khaldun, Ibnu Qayyim, Edward de Bono, Stephen Hawking dan Sun Tse setelah kita membaca buku-buku mereka.

Setakat ini, berapa buah bukukah yang kita telah baca? Andainya seratus buah oleh penulis yang berbeza, ia bererti, pendekatan pemikiran kita adalah rangkuman daripada pemikiran 100 orang manusia. Bijakkah kita? Kita bijak jika kita berhati-hati memilih buku yang ingin dibaca. Andainya kita memilih karya-karya para ilmuan yang hebat, maka kita juga akan punyai pemikiran yang hebat.

Sebaliknya, andainya kita memilih bahan bacaan yang mudah dan ringan, maka cara berfikir kita pun mudah dan ringan.
Jadilah orang yang punyai fikiran yang hebat, bukan berkarat.

( Norden Mohamad; Sinar Harian 21 Mac 2012 )




Mari membaca KalamNya....
wallahu’alam.


Ulang tahun







Angka yang bererti dimataNya..

jejak-jejak mendekatkn diri pada surga



Jadikan diri ini indah di mataMu Ya Allah.......dalam kecukupan dan rendah hati.....ameen,

Monday, March 26, 2012

Sunday, March 25, 2012

Putrajaya ke Petrajaya


Setiap minggu, pasti kelihatan seorang lelaki  melintas sempadan dua negara yang bermusuhan bersama sebuah kereta sorong kotor yang sarat dengan batu-bata sisa perang. Di pintu sempadan, pengawal sempadan mendapati lelaki tersebut memiliki kad pengenalan, passport dan visa yang sah.

Beliau juga tidak membawa sebarang senjata atau komponen senjata. Pegawal sempadan sangat yakin bahawa lelaki tersebut menyeludupi sesuatu yang berharga. Lantas seluruh badan lelaki itu diperiksa dan batu-bata dalam kereta sorong dicurah ke tanah untuk diselidik apa-apa barang seludup yang disembunyikan. Namun tiada apa-apa pun ditemui. Lelaki itu dibenarkan melintasi sempadan dan memasuki negara jirannya.

Seminggu kemudian, lelaki yang sama muncul lagi di pintu sempadan, bersama kereta sorong yang sarat dengan batu-bata sisa perang. Pengawal sempadan bertambah yakin bahawa lelaki itu menyeludupi sesuatu. Beliau diperiksa lagi dengan lebih teliti namun seperti minggu sebelumnya, tiada apa-apa ditemui dan beliau mendapat izin masuk ke negara jirannya lagi.

Minggu berganti bulan, begitulah ceritanya. Seorang lelaki terpacul di pintu sempadan bersama kereta sorong yang sarat dengan batu-bata sisa perang. Pengawal sempadan tidak menemui sebarang tanda yang mencurigakan. Lelaki itu mendapat izin memasuki negara jirannya.

Seusai perang, dua negara jiran tersebut menjadi sahabat. Pintu sempadan dirobohkan. Tiada lagi keperluan surat perjalanan dan pemeriksaan izin lalu. Lelaki penyeludup dan pengawal sempadan pun menjadi rakan. Maka bertanyalah si pengawal sempadan kepada lelaki berkenaan.

Kawan, usah berbohong lagi. Saya tahu setiap minggu saudara menyeludup sesuatu ke negara kami. Saudara bernasib baik, kami tidak menemui buktinya dalam batu-bata itu. Apakah barang seludup saudara itu?

Kereta sorong, jawab lelaki penyeludup dengan selamba.


Sama-sama kita tingkatkan :

a)   Kemahiran memerhati perkara yang tidak ada atau tidak tercatat dalam misi, matlamat, objektif, strategi, tatacara bekerja, piagam pelanggan, petunjuk prestasi dan deskripsi keberhasilan kerja yang telah dibekalkan kepada semua orang dalam organisasi.;
b)   Kemahiran berfikir tentang sesuatu perkara atau cara yang tdak mahu difikirkan atau tidak boleh difikirkan oleh orang lain;
c)   Kemahiran melakukan sesuatu yang orang lain tidak mahu atau tidak berani melakukannya; dan
d)   Kemahiran mengembangkan pemikiran dan mengandakan idea dengan mengongsikannya dengan orang lain.

Sekali gus budaya inovasi wujud, mengakar dan menjadi DNA dalam organisasi seperti Apple Incorporated (Amerika Syarikat), Toyota Motor Corporation (Jepun), Tata Group (India), BYD Auto (China), Nokia (Finland) dan Samsung Electronics (Korea Selatan).

Wallahu’alam.

( Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, 2011)


Thursday, March 15, 2012

Cinta Hakiki


Setiap kita adalah pengembara
dalam perjalanan menuju Yang Esa
orang baik orang jahat ditarikNya jua
pasti kembali dengan rela atau tidak rela.

Orang yang buta akan Tuhannya
 kembali itu tidak ia rela
tapi bagi yang tahu hakikatnya
kembalilah ia dengan rela.

Orang yang buta akan Tuhannya
ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
tapi orang yang celik akan rahsia Tuhannya
menyerahkan jiwanya kepda Dia semata-mata.

Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
cantik atau buruk tidak dipedulikannya
apa yang penting ialah susu ibunya
itulah saja yang dikehendakinya.

Cinta sebenar terhadap ibu
bukanlah cinta  kepada susu
bukan susu hendak dituju
tujuannya ialah si empunya susu itu.

Kalau anda cintakan Tuhan
bukan cinta kerana pahala ganjaran
bukan cinta kerana paksaan
tapi cinta rela bukan sesuatu diharapkan.

Tenggelamlah si sufi dalam lautan kecintaan
Tuhan cinta kepada mereka dan mereka cinta kepada Tuhan
Habib dan mahbub terikat dengan suatu ikatan
Ikatan cinta dalam keruhaniaan dan kejiwaan.

Sheikh Jalaludin Rumi

( Abdul Majid Khatib, Pustaka Aman Press; ms 62 )

Wednesday, March 14, 2012

Dunia dan Masa

Setiap saat  anda mati dan kembali
‘Dunia ini hanya seketika’  sabda Nabi
khayalan kita ibarat anak panah
yang dipanahkan oleh orang Yang Maha Gagah.

Sebagaimana anak panah tetap melayang di udara
sentiasa ia menuju sasarannya
kita pun menuju matlamat kita
kembali kepada Yang Maha Esa

Setiap saat dunia diperbaharui
kita tak sedar ianya bertukar ganti
hari demi hari
saat demi saat tanpa henti.

Kerana terlalu pantas, ia kelihatan berterusan
Umpama puntung api dihayun-hayunkan dengan tangan
Masa dan waktu adalah kejadian
Disebabkan oleh cepatnya tindakan Tuhan.

Syeikh Jalaludin Rumi.

(Bicara Sufi; Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Ms : 57)


Tuesday, March 13, 2012

Menjauhi

Dari ‘Imarah bin ‘Abd dari Hudzaifah ra, ia berkata : Jauhilah tempat-tempat fitnah. Dia ditanya, Apakah itu tempat-tempat fitnah, wahai Abu ‘Abdillah?. Hudzaifah menjawab, Pintu para umara’ ‘penguasa. Salah seorang dari kalian masuk kepada seorang pemimpin lalu dia berbicara kepadanya dengan dusta dan mengatakan apa yang tidak ada padanya.

( Sahabat-sahabat rasulullah saw, Pustaka Ibnu Katsir ms 322-323 )

Ingatlah

Saturday, March 10, 2012

Musibah

Nabi bersabda :

‘Jika salah seorang dari kalian ditimpa musibah maka hendaknya mengukur musibahnya dengan (kematian)ku kerana ia termasuk musibah paling besar’
( Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Ibnu ‘Abbas ra )

Sabar dan teguhlah dalam menghadapi semua musibah. Ketahuilah bahawa tidak ada manusia yang kekal.

Sabarlah sebagaimana orang-orang besar bersabar, kerana ia adalah giliran, hari ini datang dan esok hari akan pergi.

Apakah kamu tidak melihat bahawa musibah itu banyak dan kamu melihat kematian selalu mengintai manusia,.

Siapa tidak tertimpa musibah dari orang-orang yang kamu lihat. Ini adalah jalan di mana kamu bukan satu-satunya.

Kesimpulannya, jika kamu mengingat sebuah musibah dan kepedihannya maka bandingkanlah musibahmu itu dengan (kematian) Nabi Muhammad s.a.w..

Wallahu'alam.

( Sahabat-sahabat rasulullah Jld 2, Pustaka Ibnu Katsir ms 114 – 115)

Friday, March 9, 2012

Ikhlas

Orang pernah bertanya Sahl : ‘Apakah suatu yang sangat berat ke atas diri’. Dia menjawab :

Ialah ikhlas; kerana sesungguhnya tiada baginya keletihan.

( Mencari hakikat dan dasar-dasar Ikhlas, Pustaka Aman Press ms 66 )

Merintih di Multazam


Ketika berjuta-juta baju ihram
berkibar-kibar di seputar Kaabah
bergemuruh doa dari tangan-tangan yang menadah
tidak ada yang ku bawa
selain harapan bertemu denganMu.

Aku datang ke rumahMu
bagaikan musafir yang sedang dahaga
menghirup belas kasihMu
mengguyurkan dingin air syurga

Aku datang bukan kerana KaabahMu
aku datang  bukan juga kerana syurgaMu
bahkan aku tidak datang kerana takut akan nerakaMu
aku datang kerana sungguh mencintaiMu.

Kau sambut doaku dengan senyumMu
Kau jawab rintihanku dalam pelukanMu
Kau usap jiwa ragaku sepenuh kasihMu.

Cintaku Kau balas sepenuh cintaMu
Maka tidak ada lagi yang dapat menghalang aku daripadaMu

Agus Mustofa
Makkah, 2000

Monday, March 5, 2012

Pantas

Janganlah kita melengahkan apa yang mampu kita laksanakan pada hari ini kepada hari esok atau lusa. Mengambil petua orang tua-tua; “kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan”. Dalam konteks ini janganlah kita melambatkan apa yang boleh diselesaikan pada saat ini kepada detik, minit, jam,hari, minggu, bulan mahupun tahun yang berikutnya.

Secara sinis, dalam era perkembangan teknologi dan sebaran maklumat masa kini, tidak keterlaluan jika kita istilahkan “minta hari ini, semalam sudah dapat”. Wallahu’alam.

(ICU, Putrajaya)

Lima kalimat

Ibnu Najjar mengeluarkan hadis dari Ali bin Abi Talib ra katanya : Sesungguhnya Nabi saw bersabda kepadaku, ‘Aku akan memberikanmu 5 000 domba atau mengajarkanmu lima kalimat yang bisa memperbaiki agama dan duniamu ( mana yang engkau pilih) ?’

Aku menjawab, ‘Lima ribu domba itu banyak akan tetapi ajarkanlah saya lima kalimat itu.’

Nabi saw menjawab, ‘Ucapkanlah :

‘Ya Allah, ampunilah dosa saya; lapangkanlah dada saya; hiasilah pakaian saya; qana’ahkanlah saya dengan rezeki yang Engkau berikan kepada saya; dan jangan palingkan hati saya dengan sesuatu yang Engkau jauhkan dari saya.’

(Kehidupan para sahabat Jld 3, Pustaka Zaadul Ma’aad ms246)

Sunday, March 4, 2012

Sisa umur


Ya Allah,  bagiMu seluruh puji, bagiMu seluruh kerajaan, di tanganMu seluruh kebaikan, kepadaMulah kembalinya seluruh perkara terang atau sembunyi, bagiMu segala puji, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas sesuatu perkara. Ampunilah dosaku yang telah lalu, jagalah sesuatu yang tersisa dari umurku, berilah rezeki kepadaku berupa amal-amal baik yang Engkau meridhainya dan terimalah taubatku...ameen Ya Raab.

Friday, March 2, 2012

Integriti


Asalnya perkataan latin, integer yang bermaksud menyeluruh, sempurna dan satu kesatuan yang teguh. Kamus Dewan Edisi Keempat memaksudkannya sebagai kejujuran atau keadaan sempurna dan utuh. Manakala Stamford Encyclopedia of Philosophy, 2004 mengklasifikasi integriti kepada empat perspektif ;


a)      ketekalan nilai peribadi
b)      komitmen terhadap nilai peribadi
c)      komitmen terhadap nilai komuniti
d)      komitmen terhadap nilai-nilai murni

(Siri Buku Nilai Integriti, DBP 2011)