Setiap kita adalah pengembara
dalam perjalanan menuju Yang Esa
orang baik orang jahat ditarikNya jua
pasti kembali dengan rela atau tidak rela.
Orang yang buta akan Tuhannya
kembali itu tidak ia rela
tapi bagi yang tahu hakikatnya
kembalilah ia dengan rela.
Orang yang buta akan Tuhannya
ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
tapi orang yang celik akan rahsia Tuhannya
menyerahkan jiwanya kepda Dia semata-mata.
Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
cantik atau buruk tidak dipedulikannya
apa yang penting ialah susu ibunya
itulah saja yang dikehendakinya.
Cinta sebenar terhadap ibu
bukanlah cinta kepada susu
bukan susu hendak dituju
tujuannya ialah si empunya susu itu.
bukan cinta kerana pahala ganjaran
bukan cinta kerana paksaan
tapi cinta rela bukan sesuatu diharapkan.
Tenggelamlah si sufi dalam lautan kecintaan
Tuhan cinta kepada mereka dan mereka cinta kepada Tuhan
Habib dan mahbub terikat dengan suatu ikatan
Ikatan cinta dalam keruhaniaan dan kejiwaan.
Sheikh Jalaludin Rumi
( Abdul Majid Khatib, Pustaka Aman Press; ms 62 )
No comments:
Post a Comment