Friday, March 9, 2012

Merintih di Multazam


Ketika berjuta-juta baju ihram
berkibar-kibar di seputar Kaabah
bergemuruh doa dari tangan-tangan yang menadah
tidak ada yang ku bawa
selain harapan bertemu denganMu.

Aku datang ke rumahMu
bagaikan musafir yang sedang dahaga
menghirup belas kasihMu
mengguyurkan dingin air syurga

Aku datang bukan kerana KaabahMu
aku datang  bukan juga kerana syurgaMu
bahkan aku tidak datang kerana takut akan nerakaMu
aku datang kerana sungguh mencintaiMu.

Kau sambut doaku dengan senyumMu
Kau jawab rintihanku dalam pelukanMu
Kau usap jiwa ragaku sepenuh kasihMu.

Cintaku Kau balas sepenuh cintaMu
Maka tidak ada lagi yang dapat menghalang aku daripadaMu

Agus Mustofa
Makkah, 2000

No comments:

Post a Comment