Wednesday, December 27, 2017

Prakata buku


Pada suatu masa dahulu dalam sebuah negara yang dinamakan Dropland, iaitu  negara yang terdapat dalam setitis air, rajanya, Raja Amoeba membuat keputusan mahu mengajar rakyatnya cara menjalani kehidupan yang lebih baik. Oleh itu, baginda mengembara ke seluruh  pelosok negara memberitahu rakyat cara-cara menjalani kehidupan yang lebih baik daripada keadaan mereka pada masa itu. Namun, tiada seorang pun ambil peduli.

Kata penasihat baginda: Mula-mula tuanku mesti mendapatkan perhatian  mereka. Nah. Gosokkan minyak bawang putih ajaib ini dan tuanku akan mendapat perhatian semua orang.

Raja pun berbuat sebagaimana yang dinasihatkan dan baginda keluar mengajar rakyat cara-cara menjalani kehidupan yang lebih baik . Namun tidak seorang pun ambil peduli. Mereka berenang menjauhkan diri….sambil menutup hidung.

Kata penasihat baginda lagi, Tuanku mesti pastikan mereka mendengar cakap tuanku. Nah. Gunakan pembesar suara  ini supaya semua orang mendengar tuanku.

Raja berbuat sebagaimana yang dinasihatkan dan baginda keluar lagi bagi menyebarkan  amanatnya. Namun, tiada seorang pun mahu mendengar kata-kata baginda. Mereka berenang menjauhkan diri……sambil menutup hidung….dan juga menutup telinga. Akhir sekali kata penasihat baginda, Rakyat tuanku terlalu bodoh untuk menyedari kata-kata bijaksana yang tuanku berikan. Tuanku perlu buat sesuatu supaya mereka mendengar kata-kata tuanku demi kebaikan  diri mereka sendiri.

Selepas itu baginda mewajibkan semua rakyat berhimpun di sebuah dewan. Namun apabila pintu besar dewan dibuka, semua rakyatnya berenang menjauhkan diri daripada baginda dengan begitu pantas sekali sehingga tanpa mereka sedari, mereka sudah berenang dari Dropland. Dan sejak itu, dan buat selama-lamanya, mereka dikenali sebagai Outdroppers.
 
Pengajaran daripada cerita dongeng ini adalah…..apa-apa sahaja yang tidak menyeronokkan tidak akan diberi perhatian. Jadi , jelaslah apa yang kita ajar selalunya berbeza daripada apa yang kita beritahu. Ada kalanya, kita mengajar betapa baik dan betapa pentingnyasesuatu perkara serta inti patinya sekali. Ada kalanya, kita mengajar orang supaya tidak menyukai dan kemudiannya menghindari perkara yang kita ajarkan itu…….

Teknik Mendorong Pelajar Belajar…..tanpa membunuh semangat mereka membincangkan matlamat sejagat bagi pengajaran, dengan tujuan sekurang-kurangnya  menanam sikap yang baik kepada pelajar terhadap subjek yang diajarkan kepada mereka semasa mereka mula-mula belajar. Buku ini menerangkan keadaan persekitaran mempengaruhi sikap ini, tentang cara mengenalinya dan cara menilainya. Pengarang tidak akan  membincangkan apa yang patut diajar. Sebaliknya, pengarang  hanya membincangkan cara  membantu pelajar menggunakan apa yang mereka sudah pelajari dengan sebaik mungkin . dan cara mempengaruhi mereka suaya terus belajar. Sekiranyaanda benar-benar mengambil berat samaada pelajar anda menggunakan atauun tidak pengetahuan yang anda ajarkan, maka buku ini sesuai untuk anda.
 
a) Sekiranya memberitahu disamakan dengan mengajar, kita semua akan menjadi terlampau bijak sehinggakan kita sendiri tidak mempercayainya.

b) Benda yang berguna, mestilah digunakan
Benda yang tidak disukai, kurang digunakan tetapi selalu sahaja disalahgunakan.

c) Sekiranya apa yang kitalakukan kadang kala tidak begitu berkesan  berbanding apa yang kita luahkan, maka tidak perlulah menggunakan ungkapan , Jangan buat apa yang buat, buat apa yang saya suru.

d) Seorang guru yang berwawasan pernah berkata kepada seorang rakan sejawat, Saya dapati sekiranya saya menunjukkan sikap yang tidak disukai ketika mengendalikan perbincangan, pelajar membenci apa yang mereka pelajari.

e) Sekiranya anda tidak pasti tentang arah tuju anda, besar kemungkinan anda akan ke tempat lain.

Wallahu ‘alam

Robert F. Mager
Teknik Menorong Pelajar Belajar…….
.tanpa membunuh semangat mereka

No comments:

Post a Comment