Saturday, December 30, 2017

Talkin

Maha Suci Allah yang Maha Kiuasa lagi kekal tanpakesudahan. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diujinya siapakah di antara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan. Maka segala derma bakti dan hasil dari amalan mereka itu, semuanya akan dapat dilihat satu persatu pada hari yang ditetapkan tuhan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati.

Segala sesuatu yang lain daripada Allah tetap kekal akan rosak dan binasa, kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah jualah akan kembali sekalian kita. Maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas daripada azab api neraka. Seterusnya mendapat anugerah nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala nikmat dan kesudahan yang bercorak keduniaan semuanya hanyalah pinjaman sementarawaktu jua.

Aku bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar ,dengan nama rasulNya yang mulia dan di atas agama Islam yang maha suci apa yang akan aku sebutkan ini adalah perkara yang telah dijanjikan oleh Allah swt dan amatlah benar segala rasul-rasulNya yang telah menyampaikan janji itu.

Wahai saudaraku….,,,semoga Allah kurniakan kasihan belasNya ke atas saudara. Ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang daripada saudara sekarang. Saudara telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal di sini sehingga hari kiamat. Wahai saudaraku janganlah sekali-kali saudara lupakan pengakuan  dan penjanjian kita di dunia iaitu :


 
 Aku naik saksi bahawa tidak ada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang ditugaskan untuk memeriksa saudara dengan perintah Allah, janganlah saudara gentar dan takut kerana mereka juga makhluk Allah seperti saudara.  Mereka akan bertanya siapakah tuhan yang saudara sembah? Siapakah nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara? Dan di atas agama apakah saudara hidup dan mati?

Katakanlah kepada mereka Allah tuhanku yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi, jawablah juga Allah tuhanku  yang sebenar-benar. Bila ditanya lagi bagi kali ketiga iaitu yang terakhir maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka: Allah tuhanku, Muhammad rasulullah nabiku, Islam agamaku, al-Quran pedoman dan ikutanku, Baitullah qiblatku, solat kewajipanku, sekalian orang Islam adalah saudaraku, nabi Ibrahim al-Khalil adalah bapa kepada agamaku. Hidup dan matiku adalah atas perkataan :



Ingat dan peganglah bersungguh-sungguh kata-kataku ini selama-lamanya. Ketahuilah saudara telah berada di alam barzah ini sehingga hari kiamat  kelak. Sekiranya ditanya saudara  dari hal Muhammad katakanlah bahawaMunammad itu adalah pesuruh Allah dan utusanNya yang telah menyampaikan kepadakami segala keterangan dan tanda-tanda daripada Allah. Maka kami telah beriman dan menurut ajarannya, setelah selesai pemeriksaan berserahlah diri saudara kepada Allah yang MahaEsa yang memiliki Arasy yang Maha Besar.

Ketahuilah saudara bahawa mati itu benar, memasuki ke liang kubur itu benar, soalan Mungkar dan Nankir itu benar, dibangkitkan manusia itu untuk diperiksa amalannya adalah benar, melalui titi siratul mustaqim itu benar, balasan nikmat syurga dan pembalasan neraka itu semuanya benar belaka dan tetap akan berlaku dan bahawasanya Hari Kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi.Maka Allah akan menghidupkan semua sekalian manusia. Wahai saudaraku, selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga dicucurkan rahmat dan keampunan ke atas saudara.

Ya Allah yang Maha Besar
Ya Allah yang Maha Kuasa
Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kurniakanlah limpah rahmatMu kepada saudara kami hambaMu ini. Ampunkanlah dosa dan kesalahannya dan ampunkan dosa dan kesalahan kami, wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Ya
Allah yang Maha Lemah Lembut, Ya Allah yang Maha Mendengar terimalah rayuan hambaMu yang lemah ini. Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan rasulMu, bahawa tidaklah kiranya mayat ini disiksa dan diazabkankan.

Aamen Ya Rabbal Alameen.

Wirid terpilih untuk Dhuyuf Al-Rahman
Kenangan-kenangan musim haji 1433H
Percetakan Warni Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment