Saturday, July 9, 2011

Siratan hidup

Bangau oh bangau, kenapa kau kurus?
Macam mana aku tak kurus, ikan tak mahu timbul!

Ikan oh ikan, kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak  timbul rumput panjang sangat!

Rumput oh rumput, kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku!

Kerbau oh kerbau, kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit!

Perut oh perut kenapa kau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah!

Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah!

Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku!

Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku!

Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku!

Ular oh ular, kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku,
……..memang makanan aku.





No comments:

Post a Comment