Monday, July 18, 2011

Janji

Ada yang perlu serasi
antara lidah dan hati
ketika kita berjanji
perlu setulus nadi

Jika janji hanya kata
hasrat tanpa erti harga
berdikit diri musnah
akhirnya luntur maruah.

Ada yang perlu sebati
demi zahir dan rohani
diri ditentukan janji
yang mengharum peribadi.

( A.Samad Said )


No comments:

Post a Comment