Monday, July 4, 2011

Peningkatan bakat

Semua manusia mempunyai bakat. Cuma lebih atau sedikitnya berbeza di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, bakat dalam apa bidang sekalipun perlu ditingkatkan. Mengapa bakat perlu ditingkatkan?, Bakat ialah sifat yang mendorong kearah penciptaan, inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit.

Hal yang demikian penting bagi kita kerana persekitaran yang ada sentiasa berubah.Perubahan membawa kepada peningkatan hidup yang lebih selesa. Oleh itu sebarang bakat baik dari segi pentadbiran, sains dan teknologi, kesenian dan yang lainnya memang memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Pemupukan bakat bukanlah secara paksaan tetapi dengan gaya yang tersendiri mengikut masa dan keadaan. Rabindranth Tagore pernah menegaskan : ‘Not hammer strokes, but dance of the water sings the pebbles into perfections.’

Ok bila :

  • memberi dorongan terhadap kreativiti
  • memberi pengiktirafan kepada usaha-usaha original
  • memberi galakan kepada pemikiran baru
  • berani mencuba idea-idea baru
  • mengenal bakat-bakat yang ada
  • memupuk bakat-bakat yang ada
  • menggalakkan penyertaan dalam aktiviti kreatif
  • menggalakkan percambahan fikiran
  • menyediakan persekitaran dan suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif
Ko bila :

  • menyekat pemikiran baru
  • tidak menggalakkan percubaan
  • takut mencuba sesuatu yang baru
  • tidak menghargai bakat yang ada
  • memperkecilkan usaha-usaha original
  • mengekalkan suasana yang  tidak menggalakkan kreativiti
  • berpuashati dengan tahap bakat yang ada
( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

Ya Allah, Engkau jauhi kami  darinya kerana betapa kecil pun tsunamiMu adalah besar bagi kami.Ameen.


No comments:

Post a Comment