Ya Allah! Ya Tuhanku, apabila nama kami dilupakan, kesan kami terhapus serta jasad kami reput dan ingatan pada kami sudah hilang maka tiada siapa lagi yang menziarahi kami dan tiada siapa lagi yang akan ingat pada kami. Ya Allah! Kasihanilah kami pada hari segala rahsia terbuka, yang tersembunyi timbul, segala daftar amalan tersebar dan ditimbang dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan kami kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Memberi….ameen Ya Rabb.
Friday, February 24, 2012
Thursday, February 23, 2012
Petah
Barang siapa yang mengenal Allah, maka lidahnya kurang petah..
(Syeikh Abdul Qadir Jailani)
Ya Allah Ya Tuhanku, kenalkan diri kepadaMu sehingga aku mengenalMu....ameen Ya Raab.
Wednesday, February 22, 2012
kuasa
Ya Allah, Engkau adalah Rabbku, tidak ada tuhan selain Engkau, hanya kepada Engkau kami bertawakal, Engkau adalah Tuhan Arsy Yang mulia, apa yang Engkau kehendaki akan ada dan apa yang tidak Engkau kehendaki maka tidak ada, tidak ada tipu muslihat dan kekuatan kecuali Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung, aku mengetahui sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya Dialah yang menguasai setiap sesuatu.Ya Allah, sesungguhnya saya berlindung kepada Engkau dari keburukan diriku sendiri dan setiap keburukan haiwan yang melata. Engkaulah yang memelihara mereka, sesungguhnya Tuhanku, di atas jalan yang lurus. Ameen ya Rabb.
Tuesday, February 21, 2012
Bahagia
Tanda-tandanya :
- Tiap bertambah ilmunya bertambah pula rendah hatinya.
- Tiap bertambah amalnya bertambah pula takutnya kepada Allah
- Tiap bertambah umurnya beransur kurang lobanya terhadap keduniaan.
- Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya bertambah dekatnya pada orang ramai.
Sebaliknya :
- Bertambah ilmunya, bertambah pula sombongnya.
- Tiap bertambah amalnya, bertambah bongkaknya.
- Tiap bertambah umurnya, bertambah pula lobanya lepada harta.
- Tiap bertambah harta dan kekayaannya, bertambah bakhilnya.
- Tiap bertambah pangkat dan kedudukannya, bertambah jauhnya dari orang ramai.
Tiap orang akan memperolehi kesenangan selama ia tidak berhasrat menyusahkan orang lain. Tumbuhkanlah lebih dahulu apa yang menjadi kesukaan orang lain, sebelum diri mengemukakan kesukaan diri sendiri. Wallahu'alam.
Ya Allah, ku memohon kesabaran bersamaMu, ketakwaan, kecukupan dan kosong dari segala sesuatu agar sibok denganMu dan diangkatkan hijab antaraku dan Engkau. Belas kasihanilah diri ini dalam takdir dan qadhaMu.
Ya Allah, lapangkanlah diri ini di dunia, zuhudkan padanya dan janganlah Engkau cabut dunia itu dari diri ini juga janganlah Engkau sukakan dunia itu kepadaku lalu diri ini binasa untuk mencarinya……..ameen Ya Rabb.
( Mohd Azizi B Nik Muhammad, Sembang Pagi)
Saturday, February 18, 2012
Menyintainya
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Yang pasti
mengapa tidak?
wahai kerjayaku
wahai kerjayaku
aku mencintaimu
kernaNya...........
( Mohd Zanal bin Dirin, Putrajaya )
Friday, February 17, 2012
Urutan keutamaan mandian
Jenazah lelaki :
a) Ayah, jika tiada berpindah kepada datuk, ke atas
b) Anak, jika tiada berpindah ke cucu, ke bawah
c) Saudara lelaki seibu sebapa
d) Saudara lelaki sebapa
e) Anak saudara seibu sebapa
f) Anak saudara sebapa
g) Bapa saudara (sebelah ayah) seibu sebapa
h) Bapa saudara (sebelah ayah) sebapa
i) Sepupu (seterusnya seperti urutan pembahagian pusaka)
Jenazah perempuan :
a) Anak perempuan, cucu perempuan ke bawah.
b) Ibu, nenek ke atas
c) Saudara perempuan seibu sebapa
d) Saudara perempuan sebapa
e) Anak saudara perempuan seibu sebapa
f) Anak saudara perempuan sebapa (seterusnya)
(Persediaan ke alam abadi, Zamri Mat Isa)
Thursday, February 16, 2012
Refleksi diri dalam cermin
Dalam sehari berapa kali kita bercermin? Setiap ketika apabila memandang cermin, tidak lain doa yang patut dibaca ialah: “Ya ALLAH, sebagaimana Engkau telah mengelokkan kejadianku, maka Engkau elokkan juga akhlak diriku.”
Tidak mahulah kita dikata orang, muka sahaja cantik tetapi perangai hodoh. Begitu juga, untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat ALLAH, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabbur.
Malah lebih manis lagi apabila saya terkenang nasihat seorang ustazah katanya, agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum lima kali sehari dengan air wuduk.
Kata alim ulama, air sembahyang jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Saya setuju tentang fadilat ini dan tidak payah untuk diamalkan. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa pada waktu-waktunya.
Sekarang dalam dunia moden ini pesan-pesan sebegini senang sahaja untuk dibaca. Boleh ditemui di mana-mana bukan sahaja dalam buku, ada dalam Facebook, blog, video, bahkan ada juga kita terima pesanan tiga para di atas dalam talian telefon.
Namun apakah tindakan kita seterusnya? Apakah mendengarnya dan membacanya sahaja? Kemudian pesan-pesan itu berlalu begitu sahaja, hingga entah bila-bila pesan itu akan datang lagi kepada kita?
Harapnya apabila pesan kali kedua sampai, kita sudah berubah tidak seperti yang dulu lagi. Kehidupan ini memang penuh dengan tekanan demi tekanan. Kadang kala kerana itulah juga muka kita selalu kelihatan kelat sahaja.
Banyak kedut sudah melingkar di wajah. Muka yang dulu ceria, perlahan-lahan sudah pudar dimakan masa. Bukanlah tulisan ini hendak menyalahkan sesiapa, namun wajar juga sesekali kita menyesali diri sendiri.
Apabila menoleh semalam dan kelmarin yang tidak akan datang semula, diri kitalah yang wajar dipersalahkan jika ada pahala yang tercicir. Atau ada dosa yang kita angkut untuk hari-hari mendatang.
Tuntutan hidup dan pekerjaan kadangkala menenggelamkan serba sedikit rasa kekeluargaan. Dalam masa sama juga urusan dengan jiran juga selalu kita abaikan. Inilah antara punca stres. Maka jumlah pesakit mental juga terus meningkat kepada 15.6 peratus pada 2011 dan semestinya semakin bertambah menjelang akhir 2012.
Kadang-kadang timbul pertanyaan dalam hati apabila melihat status-status kematian pada rakan-rakan di Facebook. Ramai sangat yang menulis Al-Fatihah pada hujung tulisan mereka. Lalu timbul pertanyaan, apakah Al-Fatihah itu hanya pada tulisan?
Betulkah ada bacaan Al-Fatihah yang sempurna dan lengkap sebaik sahaja kita meletakkan noktah pada ucapan itu? Adalah wajar kita ikhlaskan hati tatkala kita melakukan kebaikan. Al-Fatihah kita biarlah sempurna. Jika tidak, jangan tulis kalimat itu!
Sekarang ini, semuanya mahu cepat. Memberi salam pun sekadar `Salam’ atau `Akum’ sahaja. Kebaikan yang kita hendak ternyata hanya senipis kulit bawang sahaja.
Kata seorang ustaz; jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan hilang. Namun pahalamu sudah tersimpan dan kekal. Jika engkau berlazat dan berseronok berbuat dosa, seronok dan lazat itu juga akan berlalu. Namun dosa dan azabnya masih kekal.
Ini samalah juga kalau kita sakit dan kena berpantang makan namun kita makan juga, sedapnya hanya seketika. Sakit pula bertambah-tambah. Tuhan itu adil. Apa yang positif tetap positif. Begitu juga negatif tetap negatif.
Tidak mengapa jika anda ingin berlama-lama melihat cermin pada hari ini. Lihatlah bibir yang selalu berkata… buruk atau baik. Lihatlah mata yang selalu memandang… perbuatan keji atau pahala. Renunglah tangan, apa yang kita dapat dan ke mana wang kita keluarkan.
Lihatlah seluruh tubuh, sudah cukupkah kita berterima kasih atas kewujudan kita atau kita hidup hanya untuk memenuhkan dunia. Untuk menumpang saja tanpa memberi sedikit pun kebaikan.
Jangan pula kita lihat cermin dan bertanya; wahai cermin hikmat dan berkuasa, siapakah yang paling cantik di dunia ini selain aku yang berada di hadapanmu ini.

( Sri Diah, Sinar Harian 16 Feb 2012 )
Wednesday, February 15, 2012
Suri tauladan
Sirah gemilang Rasulullah s.a.w. tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun. Sepanjang sejarah ketamadunan manusia, tidak ada insan sehebat dan sebegitu istimewa seperti Rasulullah s.a.w. Jika kekaguman ini diungkap dan diluahkan oleh tokoh-tokoh daripada kalangan umat Islam, ini sudah tentu tidaklah begitu menghairankan. Namun apa yang terjadi, seluruh para sejarahwan yang ikhlas, mengakui dan menakjubi fakta emas ini. Sebagaimana baginda merupakan insan yang hebat, maka kita juga perlu menjadi umat yang hebat. Wallahu’alam.
Sabda Rasulullah (SAW) yang diriwayatkan daripada Salman Al-Farisi: “Sesungguhnya Allah itu Hidup dan Maha Pemberi, Dia malu jika seseorang mengangkat kedua tangannya kepada-Nya lalu Dia mengembalikan kedua tangannya (membalas doa orang itu) dalam keadaan kosong serta rugi ”
( Hadis riwayat Tirmidzi )
(Unit Penyelarasan Pelaksanaan)
Tuesday, February 14, 2012
Tunjuki
Ya Allah Ya Tuhanku, setiap kali didiamkan oleh dosa-dosaku, maka setiap kali itu pula kemurahanMu mendorongku untuk memohon. Dan setiap kali kelemahanku menjadikan aku putus asa, maka setiap kali itu pula kurniaMu mendorongku untuk memohon. Tuhanku, bila kebaikan seseorang tidak dapat menolong dirinya, kemudian bagaimana dengan dosa-dosanya?. Dan bila hakikat seseorang itu masih dapat didakwa, lalu bagaimana dengan kekurangan-kekurangan yang dimilikinya?.
Tuhanku, bila Engkau tidak hadir, dan bila Engkau telah jauh, sampai bekas-bekas yang sampai kepadaMu. Sungguh butalah mata yang tidak dapat melihatMu sedang memperhatikan. Sungguh rugilah perdagangan seorang hamba yang tidak mendapat bahagian dari kecintaanMu. Tuhanku, inilah kehinaanku kelihatan di hadapanMu. Inilah keadaanku yang tidak tersembunyi bagiMu. Hanya dari Engkau aku bermohon. DenganMu, aku beristidlal. Tunjukilah aku dengan cahayaMu. Dirikanlah aku dengan ubudiyah yang sungguh-sungguh di hadapanMu.
Tuhanku, ajarkanlah aku dengan ilmuMu yang tersimpan. Lindungilah aku dengan rahsia AsmaMu yang terlindung. Hanya kepadaMu aku meminta tolong, maka tolonglah aku. KepadaMu aku menyerahkan diri, maka janganlah ditolak. Aku berharap atas segala kurniaMu maka janganlah Engkau harap bagiku. KepadaMu aku berintisab, maka janganlah Engkau jauhkan. Di pintuMu aku berdiri maka jangan Engkau usir aku…ameen Ya Raab.
Saturday, February 11, 2012
Eropah kembali ke Zaman Ais
Banyak kematian dicatatkan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini dan ia dikaitkan dengan suhu sejuk yang jatuh menjunam sehingga -39.4 darjah Celsius di beberapa negara seperti
Ekoran kesejukan melampau, sekurang-kurangnya 135 orang telah mati di Ukraine, Poland (82), Rusia (46), Bulgaria (32), Republik Czech (25), Lithuania (24) dan Serbia (16).
Jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan
"Cuaca terlampau sejuk, mereka pula tidak mempunyai pakaian dan tempat perlindungan yang baik.
"Kebanyakannya ditemui mati dalam timbunan salji tebal, di sungai yang sudah membeku dan dan di pekarangan rumah," kata Dudyuk.
Bagi pengemis dan gelandangan yang tidak mempunyai tempat tinggal, stesen-stesen keretapi bawah tanah seperti yang terletak di bandar
Tisu membeku
Selain itu, lebih daripada 3,000 khemah yang dilengkapi sistem pemanas dipasang di seluruh negara itu untuk menampung keperluan golongan tersebut.
Menurut Didyuk lagi, sehingga kini sudah lebih 2,000 orang ditempatkan di beberapa hospital di negara itu untuk diberi rawatan akibat hipotermia (kesejukan) dan frostbite atau reputan fros.
Penyakit berkaitan kesejukan melampau ini mudah terjadi apabila berlakunya pembekuan tisu dalam badan.
Memetik kenyataan penyelidik Patologi di Universiti Perubatan
"Selain itu, bahagian tubuh yang terdedah seperti tetapi hidung, pipi, tulang kering, telinga, dan kornea mata juga berisiko," katanya dalam laman portal kesihatan, www.emedicinehealth.com.
Tambahnya, bahagian badan yang terjejas kerana radang dingin akan memberi rasa terbakar, menyucuk dan kebas.
Lebih buruk, kecuaian dalam menguruskan kecederaan itu boleh menyebabkan kecacatan.
"Reputan fros boleh dikenali melalui sifatnya yang membengkak, kemerahan, rasa nyeri dan kuping putih pada kulit. "Dalam keadaan ekstrem, tisu yang cedera akan mati dan kulit akan melepuh.
"Dapatkan rawatan segera di hospital atau cari kawasan yang boleh memberi kehangatan untuk mengelakkan reputan fros menjadi lebih teruk.
"Sebaik sahaja anda berada dalam bangunan, cara terbaik untuk memanaskan bahagian reput fros ialah dengan merendam anggota tubuh di dalam tab air sederhana panas 42 darjah Celcius," kata Stoppler.
Selain reputan fros, penurunan suhu badan secara mendadak yang disebabkan kehilangan haba terlalu banyak juga boleh menyebabkan kematian.
Keadaan yang dikenali sebagai hipotermia ini terjadi apabila tubuh sukar mengatasi tekanan yang dihasilkan oleh suhu dingin.
Gejala hipotermia boleh dilihat daripada tubuh yang menggeletar, kulit bertukar kelabu, degupan jantung lemah, tekanan darah menurun dan kekejangan otot.
Menurut portal kesihatan Pusat Perubatan Universiti
Hipotermia sering berlaku secara berperingkat-peringkat, ada juga kes yang dilaporkan berlaku dalam masa beberapa minit sahaja.
Contohnya, sekiranya seseorang itu jatuh ke dalam air sejuk, badan akan kehilangan haba lebih cepat.
Hipotermia teruk juga boleh menyebabkan denyutan jantung tidak teratur sehingga membawa kepada kegagalan jantung dan kematian.
Teori Zaman Ais
Dalam temu bual panjang lebar dengan majalah Gelf, Kukla yang juga bekas profesor paleoklimatologi menjelaskan, apa yang berlaku adalah sangat serupa dengan masa tahun 115,000 lalu.
Paleoklimatologi ialah kajian tentang iklim pada masa geologi lampau yang melibatkan pentafsiran tentang mendapan glasier, fosil, data paleogografi, data isotop dan data sedimentologi.
"Apabila glasier bermula ratusan tahun dahulu, percaya atau tidak, glasier terakhir bermula dengan pemanasan global.
"Pemanasan global sentiasa mendahului Zaman Ais. Sejarah yang direkodkan menunjukkan teras ais berulang setiap 100,000 tahun atau lebih.
"Ahli sains terdahulu percaya Zaman Ais akan terbentuk secara perlahan-lahan dan mengambil masa berpuluh ribu tahun.
"Kini sesetengah penyelidik telah mendedahkan bukti mengejutkan bahawa Zaman Ais boleh tercetus dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya yang merupakan pelopor penyelidikan perubahan iklim yang dicetuskan oleh matahari.
Dalam temu bual yang berlangsung pada Mac 2011 itu, Kukla berpendapat, manusia perlu bersedia menghadapi Zaman Ais yang dijangka berlaku dalam masa kurang dari 10 tahun.
"Orbit mengelilingi matahari menjadi daya penggerak utama di sebalik pembentukan glasier pada Zaman Ais.
"Hubungan ini cukup jelas dan konsisten untuk dianggap sebagai sebab paling munasabah jika kita bakal berdepan dengan Zaman Ais," katanya.
Teori penyelidikan itu mungkin ada benarnya. Eropah kini bukan sahaja dicengkam kesejukan melampau tetapi dilitupi ais yang merencatkan pelbagai aktiviti kehidupan manusia.
Cuaca buruk melampau yang berlaku itu turut melumpuhkan sistem penerbangan dan pengangkutan air di timur Eropah.
Terbaru, sungai paling sibuk di Eropah iaitu Sungai Danube kini terpaksa ditutup kepada semua pelayaran setelah ia membeku.
Sungai sepanjang 2,860 kilomter (km) yang merentasi 10 negara itu merupakan medium utama kepada pengangkutan air, perikanan dan industri pengairan.
Sebanyak 244 kapal tersadai di pelabuhan sungai yang mengalir ke Laut Hitam itu manakala pasukan penyelamat Ukraine di Croatia menyelamatkan anak kapal yang terperangkap dalam salji sejak Jumaat lalu.
(Kosmo online; 12 Feb 2012)
Seketika
Dari Uthman r.a. berkata: Adalah baginda selesai dari mengebumikan mayat berdiri padanya seketika. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda : beristigfarlah kamu bagi saudaramu dan pintalah kepada Allah s.w.t. baginya ketetapan. Maka sesungguhnya sekarang disoal.
(Riwayat Baihaqi)
Friday, February 10, 2012
Khamar
Ibn Mas'ud berkata: Telah dilaknat dalam khamar (arak) itu sepuluh orang iaitu:
· Yang memerah
· Yang minta diperah
· Yang minum
· Yang memberi minum
· Yang membawa
· Yang membekal
· Yang menjual
· Yang membeli
· Yang menyimpan
( Tanbihul Ghafilin Jld 1; Abullaits Assamarqandi ms 189)
Pedoman Belia
Ingat pesanku belia
jangan berdusta jangan perdaya
jangan kikir kasihkan kaya
jangan boros yang sia-sia.
Jangan mengata jangan mengeji
jangan aniaya bengis dan benci
jangan takabur diri dipuji
jangan sekali mungkir janji.
Judi dan arak jangan biasa
usah bermain ular yang bisa
lambat bangatnya dapat binasa.
Jangan meminjam jangan berhutang
jangan meminta bantu sementang
bergantung ke orang hendaklah pantang
bebas kehidupan sentiasa tatang.
Meminjam jangan meminjamkan jangan
barang dipinjam kerap kehilangan
sahabat peminjam renggang di tangan
hutang merosakkan maruah pandangan.
Jangan biasakan meminta tolong
ke sini tersembah ke sana terlolong
ikhtiar sendiri bantut bergulung
akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
Latihlah diri sifat merdeka
daya sendiri segenap ketika
jangan sombong asal dan baka
atau kelebihan adik dan kakak.
Padalah itu aku khabari
ingatlah semua muda jauhari
kiranya Kabul Allah memberi
dirimu jadi pemulih negeri.
(Za’ba)
Bersih diri
Cara-cara:
a) Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
b) Tidak condong kepada kezaliman
c) Tidak menggunjing
d) Tidak mencintai dunia
e) Banyak mengingati Allah
g) Membersihkan lahir batin
h) Membaca Al-Quran
i) Beramal dengan ikhlas
j) Menahan diri dari hawa nafsu
Subscribe to:
Posts (Atom)