Saturday, December 31, 2011

Sucikan hati


Ramai orang lakukan sesuatu untuk mendapatkan nama baik. Ada yang dibuat secara nyata tak kurang dalam samar. Kemenangan  sebenar di hati bukannya di mulut!.


Ya Allah, ku pohon ketakwaan, kecukupan dan keafiatan hanya dariMu .....ameen Ya Rabb.

Friday, December 30, 2011

Refleksi

…apabila selesai sahaja  mesyuarat tahunan, sebelum dikemaskan kesemua risalah yang tidak digunapakai dan menyelesaikan bayaran kepada penyedia makanan, duduklah sebentar dan buat dua senarai :

a)      semua perkara yang telah anda lakukan dengan betul dan
b)      semua perkara yang telah silap anda lakukan

Kemudian masukkan kedalam fail dan tutup untuk mesyuarat berikutnya..........namun awas tentang tafsiran oleh Ben Franklin : ” Time is the stuff of which life is made ”....sama-sama membenarkan KalamNya............" Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan saling berpesan untuk mentaati suatu kebenaran dan saling berpesan untuk menetapi  kesabaran ”

..............bermulalah dari saat ini......tidak sekarang...bila lagi.....Nyahkan titik pegun dalam diri.....wallahu'alam.

Thursday, December 29, 2011

Doa Al-Ahzab

Ya Allah, aku mohon perlindungan dengan nur kesucian Engkau.

Dan dengan berkat kebesaran dan keagungan sifat Jalal Engkau.

Dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

Ya Tuhanku, Engkaulah penolongku maka pada Engkau ku mohon pertolongan.

Ya  Allah, Engkaulah tempatku menyelamatkan diri maka kepada Engkau ku mohon selamat.

Wahai Tuhan yang bagiNya lemah dan hina segala tengkuk pembesar dunia.

Dan tunduk kepadaNya segala urusan dan kebesaran raja-raja Fir’aun.

Selamatkanlah daku dari penghinaan dan hukuman siksa Engkau.

Ketika malam atau siang, ketika ku tidur atau berada di suatu tempat.

Tiada Tuhan bagiku melainkan  hanya Engkau.

Demi kebesaran wajah Engkau dan kemuliaan kebesaran Engkau.

Jauhilah dariku segala kejahatan hamba-hamba Engkau.

Letakkanlah daku di dalam jagaan Engkau.

Dan di dalam khemah-khemah jagaan Engkau.

Berilah kemurahan kepadaku dengan limpah kurnia dari Engkau.

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha pemberi rahmat.


Ibnu Hibban meriwayatkan bahawa Imam Syafi’i ra membenting ( mengkubu diri) dengan doa ini. (Dari Al-Mawahibu As-Saniyyah)

Sunday, December 25, 2011

Nafkah

Dikisahkan ketika Nabi Isa as dihina, ia tetap senyum, tenang, dan mantap, tidak sedikitpun ia menjawab atau membalas dengan kata-kata kotor mengiris tajam seperti yang diucapkan si penghinanya. Ketika ditanya oleh sahabat-sahabatnya, "Ya Rabi (Guru), kenapa engkau tidak menjawab dengan kata-kata yang sama ketika engkau dihina, malah Baginda menjawab dengan kebaikan ?" Nabi Isa as, menjawab : "Karena setiap orang akan menafkahkan apa yang dimilikinya. Kalau kita memiliki keburukan, maka yang kita nafkahkan adalah keburukan, kalau yang kita miliki kemuliaan, maka yang kita nafkahkan juga kata-kata yang mulia."

Monday, December 19, 2011

Kesederhanaan



".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. 2:216)

……siapalah aku

Siapalah aku sebelum kelahiran
tiada bernama juga gelaran
wujudku nanti bukan hiburan
mengenal Tuhan segala kebesaran

Siapalah aku setelah kelahiran
datangku bersama tangisan kedengaran
lahirku kini mula pelayaran
mengharungi kehidupan penuh cabaran

Siapalah aku di bumi raya
kerdil lemah mudah terpedaya
menjadi khalifah kedudukan mulia
memikul amanah sedaya upaya

Siapalah aku tiada bertuhan
kukuhkah berpaut dahan kerapuhan
sampaikah tujuan tanpa arahan
atau keletihan dalam kebodohan

Siapalah aku dalam kehidupan
sekadar waktu buat persiapan
usah jadikan dunia harapan
semoga kalimah Tuhan akhir ucapan

Siapalah aku tidak lagi bernyawa
berpisah keluarga harta teman ketawa
cuma membawa amal bersama
bila di mana kembali bersua

Siapalah aku sesudah mati
soalan kubur sedia menanti
tiada terlepas semuanya pasti
beruntungnya aku hidup berbakti

Siapalah aku tatkala kiamat
permulaan hari tiada penamat
mendapat balasan ataupun nikmat
semoga beroleh dariMu rahmat

Siapalah aku di hari kebangkitan
dihimpun semua saksi perbuatan
satu persatu terperinci catatan
apa tersembunyi jelas kelihatan

Siapalah aku di hari pembalasan
berdebar menanti bicara keputusan
layakkah aku beroleh pembebasan
atau penyesalan penuh tangisan

Siapalah aku terhumban ke neraka
sabarkah aku menanggung celaka
di dunia meraung sedikit terluka
bijakkah pilihan hidup yang leka

Siapalah aku mengharap syurga
amalku kurang tidak berharga
SyurgaMu mahal tidak terhingga
ke dalam di larang, biarku di tangga

Siapalah aku di sisiMu Allah
ampuni daku selalu bersalah
beriku cinta tiada berbelah
biar hidup matiku fisabilillah

( Abu Ridhwan Ibn Omar, 2005 )

Sunday, December 18, 2011

Maqam kemuliaan

Maqam Mahmud
Tempat dan darjat yang terpuji

Maqam Karim
Tempat dan darjat yang mulia

Maqam Amin
Tempat dan darjat yang aman sejahtera

Maqam Al-Muqarrabun
Tempat dan darjat yang hampir dengan Allah SWT

Maqam Mukramun
Tempat dan darjat yang diberikan penghormatan oleh Allah SWT

Maqam Mardhiah
Tempat dan darjat yang diredhai

Maqam Aulia Allah
Tempat dan darjat wali-wali Allah SWT

Ya Rabb, pandulah diri ini dalam naungan rahmatMu di kala lebatnya nikmat dan cubaanMu......ameen.


Tahap Takwa

Al-Ubbad
Berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan ibadah menurut ajaran agama

Al-Zuhhaad
Bertawakal dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan mengharapkan keselamatan di dunia dan di akhirat

Al-Arifin
Melihat segala kejadian yang berlaku adalah kehendak dan ketentuan daripada Allah SWT

Al-Muhibbin
Mendapat ketenteraman hati dengan mengerjakan suruhan agama dan meninggalkan tegahan agama.

Tahap Iman

Muslim
Memenuhi tuntutan Rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji.

Mukmin
Memenuhi tuntutan Rukun Iman, iaitu beriman kepada Allah SWT, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat, Qadak dan Qadar

Mukhlis
Orang yang beriman benar-benar ikhlas kerana Allah SWT

Muhsin
Memiliki sifat ihsan dengan beribadat seolah-olah Allah SWT melihatnya dan yakin bahawa segala perbuatannya diperhatikan oleh Allah SWT.

Tingkat nafsu........

Ammarah
...mengajak manusia ke arah kejahatan, melakukan maksiat dan berseronok dengannya.

Lawwamah
...selalu mengkritik diri sendiri atau mencerca diri atas setiap kesalahan yang dilakukan

Mulhamah
....yang diilhamkan oleh Allah SWT dengan kebaikan

Mutmainnah
....yang suci dan tenang

Radhiah
...yang mempunyai sifat mahmudah dan kuat hubungan hati dengan Allah SWT

Mardhiah
.....yang tenang dan tenteram

Kamilah
....pada peringkat kesucian yang tertinggi dan sentiasa patuh kepada keredhaan Allah SWT.


Ya Tuhanku, aku bukanlah Rabiatul Adawiyah yang tidak  memiliki sebilah pisau lantaran kekuatirannya memancung pergantungan semata- mata hanya padaMu Ya Rabb!...sejauh manapun berlari ....kini semuanya bersimpuh padaMu........Kaulah Yang Maha Pengasih dari mereka yang berhati kasih...Penguasa semesta alam .....


Perubahan

“ Sesiapa yang berkorban janganlah menyimpan daging sehingga tiga hari masih lagi bersisa di rumahnya.” Pada tahun berikutnya mereka bertanya : “Wahai Rasulullah SAW, haruskah kami melakukan seperti tahun sebelumnya?”. Nabi SAW menjawab : “Makanlah. Masaklah dan simpanlah kerana tahun sebelumnya musim sulit. Aku ingin kalian saling membantu.”
( Hadis Riwayar Al-Bukhari)


Hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah SAW telah melarang umat Islam di Kota Madinah menyimpan daging korban melebihi tempoh tiga hari. Hal ini kerana pada tahun tersebut ramai tetamu dari luar datang ke Kota Madinah. Nabi SAW mahu mereka disediakan jamuan daripada daging korban sebagai tanda penghormatan dan mengeratkan perhubungan. Pada tahun berikutnya, Nabi SAW membenarkan umat Islam di Kota Madinah menyimpan daging korban kerana keadaan sudah berubah. Hal ini menunjukkan bahawa boleh berlaku perubahan hukum disebabkan berlakunya perubahan keadaan. Wallahu’alam.

( Melayu Boleh Berubah, Dolphin Press Sdn. Bhd; ms 20 – 21)