Wednesday, August 16, 2017

Aura1 : Penyayang

 
1. Sebagai pengetua, guru dan ibu bapa kta bukan sahaja perlu penyayang tetapi juga  dilihat penyayang.
2. Banyak terbukti anak ataupun pelajar mendengar kata orang yang mereka sayangi.
3. Sekiranya anak ataupun pelajar tidak mendengar kata, jangan cepat, salahkan mereka, sebaliknya renung dalam diri kita, adakah selama  ini kasih sayang ataupun kebencian yang kita berikan kepada mereka.

Anak yang baik mendengar kata.

Wallahu a’lam.

Khuzaimah Sulaiman
Serlahkan aura guru super
PTS,2012

Bisik akal

Yang tidur lewat
yang bangun awal
harus mempersiapkan diri
melangkah di luar rumah.

Menyambungkan nafas
mengisikan kehidupan ini
yang terhimpit dibelit permasalahan
yang laju diterbangkan angin

aku berbisik kepada akal
tidak mudah menjadi manusia
terkadang-kadang kita dirantai
terkadang memusnah diri sendiri

akal berkata kepadaku:
hanya yang teguh keimanan
bakal menjadi manusia bahagia
seperti dimaktubkan janji Tuhan.

Nahmar Jamil
Negeri tercantik
DBP, 1986