Asma ul-Husna ke-97
Al-Warits ertinya Allah Maha Membahagi dan Mewarisi, Zat yang kembali
kepadaNya sekalian makhluk sebagaimana
firmanNya bermaksud:
Dan (hanya) kepunyaan Allahlah langit dan bumi, dan sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui apa-appa yang kamu kerjakan.
(Ali Imran:180)
Maha Membahagi dan
Mewarisi
Al-Warits, Maha Suci Ia, tetap ada setelah
binasanya semua makhluk. Dia mewarisi (mempunyai) segala sesuatu setelah
kehancuran setiap orang dan segala sesuatu. Dialah Maha Pewaris, iaitu hari
ketika kita keluar dari kubur, ketika tiada suatupun yang tersembunyi dari sisi
Allah.
Akar katasifat al-Warits adalah waratsa,
ertinya mewarisi. Dia akan mewarisi semua makhluk setelah kehancuran mereka.
Dialah satu-satunya Zat yang tetap ada di mana segala sesuatu amat bergantung
kepadaNya. Dia berfirman bermaksud:
Dan sesungguhnya hanyalah
Kami (dan tak seorang pun yang lain) yang menghidupkan dan mematikan dan Kami
adalah satu-satunya yang mewarisi.
(Al-Hijr:23)
Mewarisi
Merujuk kepada perkara ini, maka sifat manusia yang kesembilanpuluh tujuh
dengan bercermin pada Asma ul-Husna ialah mewarisi apa sahaja yang menjadi
bekalan hidup di dunia kepada ahli waris yang berhak menerimanya.
Apa yang hamba Allah miliki akan kembali kepadaNya; tidak ada sekutu
bagiNya. Al-Warits adalah Zat yang kepadaNya semua keemilikan akan kembali
setelah kematian para pemiliknya.
Dialah Zat yang akan menyeru padari itu, Hari Keputusan.
Ramai orang secara salah mengira bahawa mereka memiliki sesuatu yang
menjadi milik mereka sendiri, namun hakikatnya akan didedahkan di depan mata
mereka pada Hari itu di mana kematian merampas segala-galanya termasuk
benda-benda yang paling mereka sayangi.
Dengan meujuk dan berpedoman kepada sifat al-Warits ini, kita akan sentiasa
terdedah untuk meninggalkan segala-galanya dan mewarisinya kepada generasi
keturunan kita. Dan salah satu warisan yang berkekalan ialah warisan iman dan
amal soleh.
Wallahu ’alam
Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan
Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010
No comments:
Post a Comment