Wednesday, October 5, 2016

Al-Matin

Asma ul-Husna ke-55

Al-Matin ertinya Allah Maha Memiliki Kekuatan dan Maha Sempurna KekuatanNya sebagaimana firmanNya bermaksud:
 
Maka ketika datang azab Kami, Kami selamatkan Soleh beserta umatnya yang beriman, dengan rahmat dari Kami, dan Kami selamatkan mereka dari azab serta kehinaan hari itu. Sesungguhnya TuhanMu, Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Hud:66)

Maha Sempurna KekuatanNya

Al-Matin akar katanya, matana mengandungi erti kepadatan dengan pengembangan dan perluasan. Ia biasanya diterapkan pada batu yang keras, atau garis melintang yang lurus.Al-Matin adalah al-Qawi, yang Maha Kuat, yang dapat berbust apa sahaja sebagaimana Dia kehendaki, yang tidak memerlukan pasukan tentera untuk memperkuat wilayahNya. Dia tidak memerlukan sebarang bantuan, pendukung ataupun pembantu.

Al-Matin adalah Zat yang kekuasaanNya sempurna, tak sesuatu pun di langit ataupun di bumi dapat menyaingiNya. Dialah Allah yang menjalankan kehendakNya, yang memiliki kekuasaan abadi. Dia menjalankan segala sesuatu meski tak sesuatu dapat mempengaruhiNya.
 
Memiliki Keteguhan

Merujuk kepada perkara ini, makasifat manusia yang kelimapuluh lima dengan bercermin padaAsma ul-Husna ialah memiliki keteguhan terutamanyasikap konsisten dalam menegakkan kebenaran dan mewartakan ajaran Allah ke segenap penjuru.

Allah swt telah menjadikan rasulullah saw sebagai contoh model dalam mengamalkan agama Allah, mempunyai sikap yang teguh, kuat dan pantang menyerah. Dengan merujuk dan bercermin kepada sifat al-Matin, maka setiap Muslim swajarnya membekali dirinya dengan energi kekuatan keimanan hasil daripadamakrifat dan latihan kerohanian munajat kepada Allah swt.

Wallahu ’alam

Adil Akhyar
Kehebatan berzikir dengan Asma ul-Husna
Pustaka Azhar, 2010

Sa’id bin ‘Amir Al-Jumahiy (6)

Tidak berapa lama setelah Sa’id dilantik menjadi gabenor Hims, Amirul Mukminin telah dikunjungi oleh rombongan penduduk Hims. Mereka adalah kalangan orang yang dipercayainya di Hims. Maka Umar pun mengarahkan mereka: Tuliskan nama fakir miskin di Hims agar saya dapat membantu mereka.

Setelah selesai mereka menyerahkan senarai nama tersebut: Si polan bin si polan......Sa’id bin ’Amir.

Umar tersentak: Siapa Sa’id bin ’Amir?

Gabenor kami, jawab mereka serentak.

Gabenor kamu miskin?!!! Tanya Umar penuh hairan.

Jawab mereka: Benar. Demi Allah! Sehinggakan dapurnya tidak berasap beberapa hari.

Umar menangis sehingga janggutnya basah. Kemudian beliau memasukkan 1,000 dinar ke dalam uncang dan berpesan kepada rombongan tersebut: Sampaikan salam saya kepadanya dan katakan kepada gabenormu: Amirul Mukminin mengirimkan wang ini untukmu agar keperluan saraan harianmu tertunai.
 
Setelah tiba ke Hims, rombongan tersebut terus bertemu Sa’id dan menyerahkan uncang tersebut. Sa’id memeriksa isi uncang tersebut. Apabila Sa’id melihat uncang tersebut berisi wang dinar, beliau menolaknya ke tepi seraya berkata: Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Gelagatnya bagaikan berlaku bencana dan mala petaka besar.

Lantas  isterinya bergegas dengan penuh bimbang: Apa yang telah berlaku Sa’id...? Adakah Amirul Mukminin meninggal dunia....?

Lebih mendukacitakan daripada itu, jawab Sa’id.

Adakah orang Islam tewas dalam perang? Desak isterinya lagi.

Lebih dahsyat lagi.....tegas Sa’id.

Apa bencana yang lebih dahsyat daripada itu???? Tanya si isteri kebingungan.

Dunia telah masuk ke dalam kehidupan saya bagi memisahkan akhirat  saya. Dugaan dan bencana telah berlaku dalam rumah saya: jawab Sa’id dengan sedih.

Lantas Sai’idbertanya: Adakah kamu boleh membantu saya?

Boleh, jawab isterinya ringkas.

Lalu beliau mengambil wang dinar tersebut dan memasukkan ke dalam  beberapa uncang. Kemudian wang tersebut diagih-agihkan kepada fakir miskin.

Wallahu ’alam

Dr.Abdul Rahman Ra’fat al-Basha
65 Gambaran Kehidupan Sahabat
Pustaka Salam, 2006

Yoghurt


Yoghurt is rich in nutrition and is easily absorbed by the body. This drink was first made by the Bulgarians. Long ago, Bulgarians living in Thrace led a nomadic life. They often carried with them pouches made of skin, which were filled with goat.s milk. Due to the air temperature outside, and heat from the body, the goat’s milk often turned sour and became semi-solid. When they wanted to drink the milk, they poured this semi-solid milk carried in the skin pouches into the liquid milk that had been cooked and the cooked milk would turn sour too. This was how yoghurt first came about.

The Thracians liked to drink the kind of milk. In the early 20th century, a Russian scientist, llya llyich Mechnikov, who specialized in the study of human longevity, went to Bulgaria for his studies and discovered that, for every one thousand people who passed away, four of them were above 100 years old, and these people were those who loved to drink yoghurt. He then concluded that these people were able to live longer because of their consumtion of yoghurt. He tested the yoghurt and found that it contained a kind of bacteria that could fight against colon bacillus bacteria. He then named it lactobacillus bulgaricus.

Later, a Spanish businessman, Isaac Carasso, received the news and immediately opened a factory to produceyoghurt. Initially, he sold yoghurt to pharmacies as medicines, but the business was not doing well. After the Second World War, he went to the United States and opened another yoghurt factory.

The Americans loved this highly nutritious drink. Not long after, yoghurt became famous all around the world.

Food for Thought :

To conduct research on existing products and to futher improve on them, a strong foundation in scientific knowledge is needed.

Short Stories on Discoveries, Inventions, Innovation & Creativity
AAET and UTAR, 2015
ms 55-56

Jalur Gemilang

Jalur Gemilang yang kita kibar
akan terus berkibar megah
utuh dan setia.

Jalur Gemilang yang kita kibar
tiada lagi debar dan gusar
segalanya berjalan lancar.

Jalur Gemilang yang kita kibar
akan  terus berkibar
dalam juang iktibar.

Jalur Gemilang yang kita kibar
dalam panji-panji kebebasan
di tiang-tiang kemenangan.

Jalur Gemilang yang kita kibar
selalulah kita berikrar
ini tumpah darahku yang kekar!

Razali Mohamad
Air Molek, Melaka
Mingguan Malaysia
18 Sept 2016