Thursday, November 3, 2011

Menggapai redhaNya…..

Dari Abu Said al Khudri Radhia Allah anhu berkata : Rasulullah saw bersabda  : ( Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun (muttafaq alaih) )
Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah anhu bahawa Rasulullah saw  bersabda : ( Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.)
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah saw bersabda:“Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.
( BH Online )
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal dan tiada bersekutu,  semua milik/kerajaan dan pujian adalah HaqNya dan Dia Hidup tidak mati.

No comments:

Post a Comment